Pengacara dan pelakon terkenal, Elly Mazlein sempat meluangkan masa bersama adik Nur Umairah Mohd Fauzi, 11, yang menghidap barah darah (leukemia) di Hospital Sultan Ismail (HSI).
Doakan ibu bapa juga
Menerusi beberapa video yang dimuat naik di Instagram, Elly atau lebih mesra disapa Kak Lina kelihatan memberi kata-kata semangat buat Umairah. Di samping itu, Kak Lina turut memberi sejambak bunga dan sebuah telefon bimbit kepada Umairah agar boleh digunakan untuk urusan persekolahan.
Alhamdulillah Mama Lina dapat jumpa Nur Umairah. Terima kasih Pn Aida sudi sambut kedatangan kami. Terima kasih juga untuk Umairah walaupun lemah tetap sudi jumpa Mama Lina.
Paling menyentuh perasaan, Umairah sempat berpesan kepada seluruh rakyat Malaysia agar mendoakan ibu dan ayahnya juga.
Umairah pesan doakan juga buat ibu bapanya. Anak yang baik kamu ni nak. Tak lupa minta Malaysia mendoakan buat orang tua yang sentiasa menjagamu.
Tambah Kak Lina, ibu bapa Umairah sentiasa memberikan semangat buat anak syurga mereka.
Kekuatan kalian pencetus semangat buat anak syurgamu terus kuat melawan sakit tanpa secebis pun rasa lelah. Sekali lagi terima kasih ibu ayah yang hebat.
Video
View this post on Instagram
Terdahulu, viral video Nur Umairah sedang menangis kesakitan sambil meluahkan isi hati kepada ibunya.