Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Emma Maembong Enggan Kongsi Punca Cerai, Masih Jaga Hubungan Baik Dengan...

    [VIDEO] Emma Maembong Enggan Kongsi Punca Cerai, Masih Jaga Hubungan Baik Dengan Bekas Suami – ‘Kami Berpisah Bukan Kerana Orang Ketiga’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon, Emma Maembong tetap dengan pendiriannya untuk tidak mendedahkan punca penceraiannya dengan bekas suami, Muhammad Shazli Azhar yang dikongsinya pada Oktober lalu.

    Takkan kongsi pada umum

    Ketika ditemui , Emma atau nama lengkapnya Fatimah Rohani Ismail berkata, dia juga tidak mahu mengulas lanjut mengenai dakwaan berpisah kerana orang ketiga selain memaklumkan hubungannya dengan bekas suami masih berada dalam keadaan baik.

    Kalau fasal kisah peribadi memang saya tak akan cerita apa-apa dan saya takkan kongsikan kepada umum.

    Dan pada awalnya kami memang tak nak umumkan pun (penceraian), keluarga pun tidak tahu.

    Tapi disebabkan kami nak elakkan daripada fitnah, kami umumkan juga.

    (Dakwaan berpisah disebabkan orang ketiga), tidak sama sekali dan semuanya tiada.

    Emma berkongsi perkara tersebut selepas majlis tayangan gala filem seram, Jangan Pandang Belakang 2 yang diadakan di GSC Starling Mall, Petaling Jaya pada malam Selasa.

    Nak fokus besarkan anak-anak

    Berkongsi mengenai kehidupannya selepas bercerai, pelakon filem ‘Kimchi Untuk Awak’ memaklumkan dirinya berada dalam keadaan baik dan ketika ini sedang memberikan fokus penuh untuk membesarkan dua anak lelakinya, Shariq Gabriel dan Shakil Aryan Shah.

    Kehidupan setakat ini okey Alhamdulillah, tiada perbezaan sangat pun.

    Anak-anak tiada masalah dan hubungan dengan bekas suami pun tiada konflik.

    Kami berpisah dengan cara baik, tidak bergaduh dan kedua-duanya saling meneima.

    Kami sudah usaha untuk baiki hubungan tetapi jika sudah sampai hanya di situ jodohnya, terima dengan reda.

    Dalam pada itu, Emma memaklumkan bahawa dia dan bekas suami memilih untuk menjaga anak mereka bersama-sama dan mengambil keputusan untuk tidak membuat sebarang tuntutan berkaitan hak penjagaan anak.

    ALSO READ:  Ramlan Ram Percaya Pada Rezeki, Akui Terasa Bakat Tidak Dikenali Di Negara Sendiri – ‘Saya Bersyukur Job Masih Ada’

    Ujar Emma, dia tidak mahu penceraiannya bersama bekas suami menjejaskan mental dan fikiran anak-anak.

    Kalau sudah tertulis jodoh kami sampai di situ, kami terima cuma perceraian ini bukan penamat sesuatu hubungan.

    Tidak semestinya kalau kita bercerai, kita kena benci, ‘block’ dan paling saya tak suka menyeksa anak-anak.

    Bagi saya bergaduh dengan bekas pasangan ialah tindakan tak baik, tidak perlu bergaduh dan berebut, usah biarkan anak-anak jadi mangsa.

    Terdahulu, Emma mengejutkan orang ramai apabila mengesahkan dirinya sudah pun bercerai dengan Shazli. Namun, tidak mendedahkan secara terperinci mengenai tarikh penceraian mereka.

    Untuk rekod, Emma dan Shazli mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts