Suara Malaysia
ADVERTISEMENTShopee SaleShopee Sale
Saturday, July 6, 2024
More
    ADVERTISEMENTShopee Sale
    HomeEntertainment Ernie Zakri Kongsi Pengalaman Seram Ketika Di Kuching Sarawak, Raih Perhatian...

    [VIDEO] Ernie Zakri Kongsi Pengalaman Seram Ketika Di Kuching Sarawak, Raih Perhatian Ramai!

    -

    Shopee CNY Sale

    Siapa yang tidak kenal dengan Nur Ernie Shahirah Zakri yang merupakan seorang pelakon dan penyanyi hebat di Malaysia. Ernie Zakri memulakan kerjayanya apabila dia menyertai pertandingan bintang RTM edisi 2009 dan sekaligus menjadi juara dalam pertandingan tersebut.

    Selain itu, Ernie Zakri juga telah memenangi anugerah vokal terbaik dalam AJL yang ke-32. Dia juga merupakan bekas guru muzik di Akademi Muzik Bentley di Mutiara Damansara, Petaling Jaya.

    Penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Ku Bersuara’ itu telah mendirikan rumahtangga bersama penyanyi lelaki Malaysia iaitu Syamel atau nama penuhnya Syameel Aqmal Mohd Fodzly serta dikurniakan seorang cahaya mata yang bernama Nur Khawla Soleha.

    “Rupanya Tu Hotel Yang Berhantu Di Sana”

    Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @eznators yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 11 ribu, tanda suka sebanyak 290 dan sebanyak 10 komen.

    Di dalam video berkenaan, memaparkan Ernie Zakri menceritakan detik-detik dirinya dan rakan diganggu oleh makhluk halus ketike menginap di sebuah hotel di Kuching, Sarawak.

    “Kita orang tengah tidur, tetiba dengar almari kena hempas dekat dalam bilik. Rupanya hotel tu memang berhantu”-Kata Ernie Zakri

    @eznators

    “rupanya memang betul hotel tu berhantu, dekat kuching” – Ernie Zakri #erniezakri #ernienators #seram

    ♬ original sound – Ninie World – Ninie World

    Rata-rata video tersebut meraih perhatian netizen yang menontonnya. Mereka juga mengatakan bahawa mereka teringin untuk mengetahui nama hotel tersebut agar tidak menginap di hotel itu pada masa akan datang.

    Apa-apa pun, semoga kita semua dilindungi dari gangguan makhluk yang jahat serta semoga kita semua peroleh keberkatan hidup di dunia dan di akhirat.

    ALSO READ:  “Minyak Maaf”? Betul Ke Tajuk Iklan Raya Saji Tahun Ni, Ke Typo? Apa Salah Minyak?

    Apa kata anda?

    Related articles

    Follow Us

    20,437FansLike
    1,181FollowersFollow
    1,049FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTAuto AffiliateAuto Affiliate

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts