Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Ernie Zakri Menggamit Kenangan Apabila Disuruh Mandi Air Longkang Untuk Serlahkan...

    [VIDEO] Ernie Zakri Menggamit Kenangan Apabila Disuruh Mandi Air Longkang Untuk Serlahkan Aura, Raih Perhatian Ramai!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Siapa yang tidak kenal dengan Nur Ernie Shahirah Zakri yang merupakan seorang pelakon dan penyanyi hebat di Malaysia. Ernie Zakri memulakan kerjayanya apabila dia menyertai pertandingan bintang RTM edisi 2009 dan sekaligus menjadi juara dalam pertandingan tersebut.

    Selain itu, Ernie Zakri juga telah memenangi anugerah vokal terbaik dalam AJL yang ke-32. Dia juga merupakan bekas guru muzik di Akademi Muzik Bentley di Mutiara Damansara, Petaling Jaya.

    Penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Ku Bersuara’ itu telah mendirikan rumahtangga bersama penyanyi lelaki Malaysia iaitu Syamel atau nama penuhnya Syameel Aqmal Mohd Fodzly serta dikurniakan seorang cahaya mata yang bernama Nur Khawla Soleha.

    “Kesungguhannya kini Membuahkan Hasil, Tapi Tergamak Suruh Mandi Air Longkang”-Netizen

    Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @ernie-vengers yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 4,309, tanda suka sebanyak 443 dan sebanyak 16 komen.

    Di dalam video berkenaan, memaparkan Erniz Zakri yang menjadi tetamu jemputan di dalam podcast Berita Harian, di mana beliau menggamit kenangan sewaktu beliau mula untuk bertapak di dalam industri muzik dahulu sehinggakan ada yang menyuruhnya membuat sesuatu yang diluar pemikiran.

    @ernie_vengers

    Kak ninie penah dihina sebelum berjaya..😔💔 @erniezakriez Jangan lupa undi kak ninie di ABPBH36

    ♬ bunyi asal – NINIE – NINIE

    Rata-rata netizen turut berduka mendengar perjalanan yang ditempuhi oleh Ernie Zakri itu. Mereka juga mengatakan bahawa jadikan pegalaman lampau sebagai pengajaran untuk masa hadapan. Tambah mereka lagi, kini Ernie Zakri bukan sahaja dikenali di Malaysia, namun di negara jiran juga dengan lagu-lagunya yang berkualiti.

    ALSO READ:  [VIDEO] Rumah Tangga Retak Menanti Belah, Adakah Boleh Dedah Aib Suami Atau Isteri? Ustaz Azhar Idrus Beri Penerangan

    Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts