Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Ernie Zakri Payung Lagu Loghat Kelantan Raih Pujian Ramai!

    [VIDEO] Ernie Zakri Payung Lagu Loghat Kelantan Raih Pujian Ramai!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Siapa yang tidak kenal dengan Nur Ernie Shahirah Zakri yang merupakan seorang pelakon dan penyanyi hebat di Malaysia. Ernie Zakri memulakan kerjayanya apabila dia menyertai pertandingan bintang RTM edisi 2009 dan sekaligus menjadi juara dalam pertandingan tersebut.

    Selain itu, Ernie Zakri juga telah memenangi anugerah vokal terbaik dalam AJL yang ke-32. Dia juga merupakan bekas guru muzik di Akademi Muzik Bentley di Mutiara Damansara, Petaling Jaya.

    Penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Ku Bersuara’ itu telah mendirikan rumahtangga bersama penyanyi lelaki Malaysia iaitu Syamel atau nama penuhnya Syameel Aqmal Mohd Fodzly serta dikurniakan seorang cahaya mata yang bernama Nur Khawla Soleha.

    “Ore Klate Kato, Jadi Molek”

    Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @syanaaa99 yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 10.7 ribu, tanda suka sebanyak 873 dan sebanyak 30 buah komen.

    Di dalam video berkenaan, memaparkan Ernie Zakri yang diminta untuk mengikut menyanyikan lagu dalam loghat Kelantan yang bertajuk ‘Bo Lah Duk Gewe’ (Sudah Lah Bercinta).

    “MasyaAllah, lenggoknya semulajadi merdu tokleh bawok bincang”

    @syanaaa99

    Replying to @l.hakim__maasyaAllaah lenggoknya semulajadi merdu tokleh bawok bincang🥹💖💖 #ErnieZakri credit vid: tehashah

    ♬ original sound – Syy – Syy

    Rata-rata ramai yang suka melihat nyanyian dari Ernie Zakri itu walaupun tanpa iringan muzik. Mereka juga memuji bahawa suara Ernie Zakri sangat sedap ketika membawakan lagu tersebut.

    VIA TIKTOK

    Apa-apa pun, Ernie Zakri sememangnya seorang penyanyi yang berbakat besar. Semoga Ernie Zakri terus menghasilkan karya yang terbaik buat industri muzik tanah air kita.

    Semoga kita semua peroleh keberkatan hidup di dunia dan di akhirat. Apa kata anda?

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts