Siapa yang tidak kenal dengan Nur Ernie Shahirah Zakri yang merupakan seorang pelakon dan penyanyi hebat di Malaysia. Ernie Zakri memulakan kerjayanya apabila dia menyertai pertandingan bintang RTM edisi 2009 dan sekaligus menjadi juara dalam pertandingan tersebut.
Selain itu, Ernie Zakri juga telah memenangi anugerah vokal terbaik dalam AJL yang ke-32. Dia juga merupakan bekas guru muzik di Akademi Muzik Bentley di Mutiara Damansara, Petaling Jaya.
Penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Ku Bersuara’ itu telah mendirikan rumahtangga bersama penyanyi lelaki Malaysia iaitu Syamel atau nama penuhnya Syameel Aqmal Mohd Fodzly serta dikurniakan seorang cahaya mata yang bernama Nur Khawla Soleha.
“Suka Betul Dengar Ernie Zakri Nyanyi Genre NI”
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @ernienators_updated yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 20 ribu, tanda suka sebanyak 1861 dan hampir 50 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Ernie Zakri yang sedang bermain satu permainan di dalam rancangan televisyen yang dihadirinya itu, serta Ernie Zakri perlu untuk menyanyikan lagu Opera bagi melengkapkan tugasan tersebut.
Ernie Zakri memilih untuk menyanyikan lagu yang bertajuk ‘Lascia Ch’io Pianga dari Handel yang membuatkan pengacara rancangan tersebut terpegun mendengarkannya.
@ernienators_updated Lama she tak lanje opera kan 🥺 #fyp #erniezakri
Rata-rata netizen komen bahawa mereka suka mendengar Ernie Zakri menyanyikan lagu yang sebegitu. Mereka juga menginginkan Ernie Zakri untuk menghiasi drama ‘Penthouse’ versi Malaysia kerana di dalam drama tersebut banyak lagu opera yang dinyanyikan.
“Nak Penthouse malay! pelakon, Datuk Syafinaz, Ernie Zakri, Nadeera & Ning Baizura, ngamm ngamm”
“Ernie should and must ketengahkan lagi la soprano skill dia”
“Fav song dalam Penthouse”-kata mereka
Betul juga, jika Ernie Zakri membuat lagu yang mempunyai Soprano pasti akan mendapat perhatian ramai terutamanya peminatnya di Malaysia. Apa-apa pun, semoga kita semua peroleh keberkatan hidup di dunia dan di akhirat.
Apa kata anda?