Siapa yang tidak kenal dengan Nur Ernie Shahirah Zakri yang merupakan seorang pelakon dan penyanyi hebat di Malaysia. Ernie Zakri memulakan kerjayanya apabila dia menyertai pertandingan bintang RTM edisi 2009 dan sekaligus menjadi juara dalam pertandingan tersebut.
Selain itu, Ernie Zakri juga telah memenangi anugerah vokal terbaik dalam AJL yang ke-32. Dia juga merupakan bekas guru muzik di Akademi Muzik Bentley di Mutiara Damansara, Petaling Jaya.
Penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Ku Bersuara’ itu telah mendirikan rumahtangga bersama penyanyi lelaki Malaysia iaitu Syamel atau nama penuhnya Syameel Aqmal Mohd Fodzly serta dikurniakan seorang cahaya mata yang bernama Nur Khawla Soleha.
“Tanpa Mereka, Tiadalah Saya Disini”
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @eznators yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan kini meraih jumlah tontonan sebanyak 13 ribu, tanda suka sebanyak 1292 dan sebanyak 53 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Ernie Zakri yang memberitahu mengenai peminat yang sentiasa menyokongnya itu.
“Ernie sendiri tak sedar, betapa kuatnya peminat saya. Maksudnya kuat dari sudut mereka punya semangat”-kata Ernie Zakri
“Alhamdulillah dapat peminat peminat yang bukan menyukai tapi menyayangi saya, jadi itu adalah perkara yang terindah”-tambah Ernie Zakri
@eznators Goodjob ernienators! Anything for our Ernie Zakri ❤️ cr: @Muzik Buzz #erniezakri #ernienators #astana #sfmm38
Peminat merupakan salah satu aset yang perlu dihargai oleh setiap selebriti, kerana jika tiada sokongan dari mereka maka anda tidak akan kemana-mana. Mereka bukan hanya sekadar sebagai peminat malah mereka adalah seperti keluarga yang akan membantu dalam menetapkan arah kerjaya selebriti tersebut.
Apa-apa pun, semoga Ernie Zakri terus menghasilkan karya-karya yang terbaik terutamanya buat peminat-peminatnya. Semoga kita semua peroleh keberkatan hidup di dunia dan di akhirat.
Apa kata anda?