Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, December 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Eyka Farhana Kesal Pembantu Rumah Larikan Diri-“Sebenarnya Dia Lari Pasal…”

    [VIDEO] Eyka Farhana Kesal Pembantu Rumah Larikan Diri-“Sebenarnya Dia Lari Pasal…”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pelakon, Eyka Farhana meluahkan rasa kesal dengan tindakan pembantu rumahnya yang bertindak melarikan diri dari rumah biarpun telah dilayan dengan baik.

    Pembantu Rumah Melarikan Diri

    Menerusi video yang dimuatnaik di TikTok, Eyka menceritakan bahawa pembantu rumahnya itu meminta gaji lebih awal dari hari biasa ketika dirinya berada dalam keadaan tidak sihat.

    “Dua hari ni saya demam, tak boleh bangun langsung. Expect tak ada apa-apa yang berlaku. Tiba-tiba, sepatutnya saya bayar gaji my maid pada 5 atau 6 hari bulan, tiba-tiba dia nak awal, katanya family sakit .

    Saya tak larat sangat. Tapi ada satu hari tu, saya bangun pukul 5 pagi, hantar duit kepada dia. Pada pukul 6 pagi, my mum kejutkan saya tengah tidur, ‘eyka, bibik dah lari’.

    “Selama Ni, Kami Layan Dia Dengan Bagus…”

    Tambahnya lagi, Eyka akui kesal dengan tindakannya melarikan diri dari rumah walaupun ahli keluarganya telah memberikan layanan yang baik.

    “Saya tak tahu apa salah saya, dan kenapa dia lari. Sebab selama ni, kami layan dia bagus. Setiap minggu, dia nak makan apa-apa, kami belikan. Kami siap bagi extra money lagi.

    Dia selalu cakap dengan my mom, dia takkan melarikan diri sebab keluarga ini beri layanan yang bagus.

    Sebenarnya, dia lari pasal lelaki sebab saya tengok TikTok dia penuh duet dengan lelaki.”-dedah Eyka

    Di akhir videonya, Eyka menitipkan pesanan buat orang ramai untuk berhati-hati dengan ‘ayat manis’ pembantu rumah bagi mengelakkan situasi yang dialaminya berulang lagi.

    Apa komen anda?

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts