Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Ezra Kairo Mengaku Berkawan Dengan Ananda Natasha, Tidak Tolak Jika Dijodohkan...

    [VIDEO] Ezra Kairo Mengaku Berkawan Dengan Ananda Natasha, Tidak Tolak Jika Dijodohkan Bersama – ‘Kadang-Kadang Saya Blushing Tengok Dia’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Penyanyi meningkat naik, Ezra Kairo mengakui dirinya sedang berkawan dengan bekas isteri kepada pempengaruh, Andika Putera iaitu Ananda Natasha.

    Tak tolak jika ada jodoh

    Ketika ditemui , Ezra atau nama sebenarnya Daniel Ezra Muhammad Shafiq Nichleson Abdullah menjelaskan bahawa mereka mula berkenalan melalui satu sesi siaran langsung yang dilakukan di TikTok.

    Sejujurnya perkenalan kami berlaku secara tiba-tiba waktu saya buat sesi siaran langsung di TikTok. Tak rancang, tak apa, tahu-tahu kami ‘live’ bersama.

    Dan sehingga ke hari ini, kami hanya berkawan cuma saya minta doakan yang baik-baik.

    Ketika ini, Natasha sedang berjuang sendirian, bekerja untuk kelangsungan hidupnya. Dan pun saya tak nak jadi penghalang untuk dia meneruskan kehidupan.

    Jadi, beri dia sedikit masa dan sekarang ini, kami akan cuba untuk memberikan tenaga yang positif buat satu sama lain.

    Ezra berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada anugerah berprestij TikTok Awards Malaysia 2024 yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (PWTC), malam tadi.

    Dalam pada itu, Ezra memaklumkan dia terbuka sekiranya mempunyai jodoh bersama Natasha namun menyerahkan segalanya kepada takdir.

    Sejujurnya, kalau satu hari nanti ada jodoh dengan Natasha, saya okay. Sebab jodoh, persahabatan dan pertemuan ini semua di tangan Tuhan.

    Cuma, buat masa sekarang ini ‘mind set’ kami berdua adalah untuk bekerja.

    ‘Blushing’ tengok Ananda

    Ketika ditanya adakah dirinya mempunyai perasaan terhadap Natasha, pelantun yang terkenal menerusi lagu ‘Oh My Kadhale’ ini mengakui berasa ‘berbunga-bunga’ sewaktu berinterkasi dengan ibu kepada seorang anak itu.

    Sejujurnya, kadang-kadang waktu ‘live’ bersama saya ‘blushing’ juga tengok dia.

    Ditambah pula sekarang ini, dia seorang wanita dan ibu yang sangat bekerja keras membuatkan saya tertarik dengan dia tetapi saya tak boleh nak beri ‘confirmation’. Macam saya cakap, kalau ada jodoh, adalah.

    Tapi apa yang boleh saya katakan, saya seronok dengan apa yang kami lakukan sebagai seorang rakan sebab kita bukan nak berbaik menerusi sesi siaran langsung saja tapi nak berbaik juga di luar.

    Terdahulu, Ezra mencuri perhatian apabila dilihat kerap melakukan sesi siaran lansung bersama Natasha di TikTok.

    ALSO READ:  Syatilla Melvin Luah Rasa Sebak Anak Sulung Sudah Boleh Jadi Imam Solat – ‘Tiada Paksaan, Dia Sendiri Mahu’

    Kemesraan yang ditunjukkan Ezra dan Natasha menyorot perhatian wargamaya yang seakan memberi ‘lampu hijau’ sekiranya benar mereka bercinta.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts