Di TikTok, tular semula video pelawak Fad Bocey yang berkongsi tentang liku-liku yang perlu dihadapinya sebelum mendirikan rumah tangga dengan isterinya, Nur Syaheera A. Rahman.
Dapat tentang daripada Jihan
@anakbongsu94_ @KEDAI ACHEY KINTANG KINTUNG @FadBocey @Syaheera A Rahman @jih4nmuse #bocey #boceycomeback #acheykintangkintung #podcasts #syaheerarahman #jihanmuse #fyp #khawinmuda ? bunyi asal – ???? ??????
Menerusi video dimuat naik semula @anakbongsu94_, Fad atau nama sebenarnya Muhammad Fadzlie Mohd Nizam memaklumkan niatnya untuk mendirikan rumah tangga dengan Syaheera telah mendapat tentangan daripada kakak isterinya yang merupakan pelawak iaitu Jihan Muse.
Saya mendirikan rumah tangga pada usia 24 tahun dan sebenarnya ia mendapatkan tentangan daripada kakak dia, Jihan Muse.
Tak adalah dapat tentangan apa pun, cuma iyalah waktu itu usia yang muda, tak ‘declare’ pun kami berkenalan tapi tahu-tahu nak masuk meminang anak orang.
Meskipun mendapat tentangan, Fad tetap memberanikan diri untuk menelefon keluarga Syaheera selepas mendapat kata-kata semangat daripada dua sahabatnya iaitu Achey dan Arwah Abam.
Tapi dua orang sahabat saya inilah iaitu Achey dan arwah Abam yang banyak bagi semangat. Mereka kata, ‘Benda baik, jalan ja lah. Nak takut apa? Baguslah itu’.
Saya pun beranikan diri telefon ibu ayah dia dan cakap yang nak masuk meminang Syaheera.
Ibu ayah Syaheera pun suruh datang ke rumah bawa keluarga aku dan di sana diorang pun cakap, ‘Nak tunggu apa? Jalan saja’.
Fad berkongsi perkara tersebut menerusi sesi podcast kendaliannya bersama Achey iaitu ‘Bocey Comeback’.
Rezeki sebelum berkahwin
Ujar Fad, meskipun pada ketika itu dia tidak mempunyai wang yang banyak namun dia berasa sangat bersyukur kerana niatnya untuk berkahwin dapat diteruskan selepas menyertai sebuah program terbitan stesen televisyen swasta.
Tapi itulah, selepas dah selesai masuk meminang, tengok balik akaun bank yang sikit, ‘Macam manalah nak kahwin dengan anak orang macam ini?’
Rezeki niat nak kahwin agaknya, saya dan Achey waktu itu ada masuk pertandingan nyanyian.
Itu adalah ‘show’ terbijak yang saya sertai dan mungkin Allah nak tolong. Masa itu ramai yang macam tak nampak kami ini tapi Alhamdulillah kami juara waktu itu dan menang RM50,000.
Dengan duit kemenangan itulah saya guna untuk berkahwin tapi tak dapatlah buat majlis yang ‘grand’.
Sekadar info, isteri kepada Fad iaitu Syaheera merupakan adik angkat kepada pelawak, pelakon dan pengacara iaitu Jihan Muse.
Untuk rekod, Fad dan Syaheera mendirikan rumah tangga mereka 14 Mac pada 2015 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan lima orang cahaya mata.