Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Faisal Halim Pesan Jangan Salah Pilih ‘Cinggey’ – ‘Boleh Menjatuhkan Pemain...

    [VIDEO] Faisal Halim Pesan Jangan Salah Pilih ‘Cinggey’ – ‘Boleh Menjatuhkan Pemain Bola Sepak’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pemain sayap pasukan Selangor FC, Faisal Halim berkongsi tiga perkara yang boleh menjatuhkan karier seorang pemain bola sepak.

    ‘Jangan salah pilih cinggey’

    @pakmatwesterncafee Faisal pernah berkata… #fyp #foryou #foryoupage ? original sound – Pakmatwesterncafee

    Menerusi video yang dimuat naik Pak Mat Western di TikTok, pemain berusia 26 tahun itu berpendapat bahawa selain berpunca dengan diri sendiri, kejatuhan pemain bola sepak juga boleh terjadi disebabkan duit, kecederaan dan juga kesilapan dalam memilih pasangan.

    Walau bagaimanapun, pemain yang terkenal dengan jolokan ‘Mickey’ itu memaklumkan bahawa setiap yang berlaku itu berbalik kepada diri sendiri dan seseorang itu perlu pandai dalam mengatur kehidupan masing-masing.

    Sebenarnya yang menjatuhkan pemain bola sepak adalah diri mereka sendirilah.

    Yang pertama adalah duit, kedua adalah kecederaan dan yang ketiga adalah salah pilih isteri. Yang tak kahwin lagi salah pilih girlfriend, orang Penang panggil ‘cinggey’.

    Tapi, kena pandai-pandai jaga dirilah.

    Dalam pada itu, Faisal meluahkan rasa syukur kerana mendapat seorang isteri yang baik dalam kehidupannya.

    Tapi Alhamdulillah saya mendapat seorang isteri yang sangat baik.

    Hantaran tersebut telah meraih perhatian wargamaya yang rata-ratanya bersetuju dengan pendapat yang diberikan Faisal.

    Menjengah ke ruangan komen, netizen juga meluahkan rasa gembira melihat keadaan dan perkembangan terkini Faisal selepas hampir tiga bulan berehat susulan kecederaan parah yang dialaminya akibat disimbah asid.

    Komen netizen

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts