Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Fakta : Golongan Biseks Penyumbang Terbesar Kes HIV Di Malaysia &...

    [VIDEO] Fakta : Golongan Biseks Penyumbang Terbesar Kes HIV Di Malaysia & Penderita HIV Sebenarnya Boleh Kahwin

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    ‘Peduli Seks : Tabu Tapi Perlu Tahu’.‘Peduli Seks : Tabu Tapi Perlu Tahu’.

    Saban hari kita mendengar di corong radio dan melihat paparan berita di kaca televisyen mengenai kes HIV dan AIDS. Lebih membimbangkan lagi, jangkitan HIV kini dikesan di setiap negara di pelusuk dunia. Malah, isu tersebut sudah menjadi kes kesihatan global.

    Bahaya HIV & AIDS

    ‘Peduli Seks : Tabu Tapi Perlu Tahu’.‘Peduli Seks : Tabu Tapi Perlu Tahu’.

    Adakah kita sebagai rakyat Malaysia mahu melihat trend kes semakin meningkat dari hari ke hari sambil berpeluk tubuh tanpa mengambil cakna tentang isu berkenaan? 

    Dalam kotak fikiran kita, acap kali mendengar seseorang disahkan positif HIV, pasti dikaitkan dengan gejala seks bebas dan aktiviti tidak bermoral. Adakah setakat itu ilmu pengetahuan kita tentang penyakit yang paling dianggap ‘hina’ dalam kalangan masyarakat?

    Justeru, bersempena bulan November ini, OhBulan x Seismik telah melancarkan kempen ‘Peduli Seks: Tabu Tapi Perlu Tahu’.

    Bagi edisi kali ini, secara eksklusif berpeluang menemu bual seorang doktor perubatan iaitu Dr. Izzar Anwari yang bertugas di Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di sektor kawalan HIV, STI dan Hep C bagi menjelaskan dengan lebih terperinci mengenai isu ini.

    Sebagai pengenalan, Dr. Izzar membuka ‘gelanggang’ perbincangan dengan menjelaskan apakah itu HIV dan AIDS.

    HIV adalah Human Immunodeficiency Virus, di mana virus tersebut melumpuhkan sistem immune badan. Jika dibiarkan, HIV terus menyerang seseorang tanpa mengambil ubat, lama-kelamaan akan merosakkan badan sehingga imun akan lumpuh sepenuhnya, seterusnya boleh mendapat AIDS (Acquired Immuno Deficiency Syndrome).

    HIV akan datang dahulu, tetapi jika terus dibiarkan tanpa sebarang rawatan dalam tempoh purata enam hingga lapan tahun boleh menghidap AIDS.

    OhBulan : Bagaimana HIV Merebak?

    Dr. Izzar : HIV boleh merebak melalui beberapa cara. Pertama melalui hubungan seksual. Sekiranya seseorang itu melakukan hubungan seksual tidak selamat dengan mana-mana individu yang menghidap HIV.

    Kedua, HIV boleh merebak melalui perkongsian jarum dengan penagih dadah dan kemudian jarum ini digunakan oleh orang lain.

    Ketiga, HIV boleh merebak melalui pendermaan darah atau organ, di mana seseorang menerima darah atau organ daripada individu yang positif HIV. Penerima itu berpotensi dapat HIV.

    Keempat, kejadian ini jarang berlaku tetapi pernah berlaku, di mana situasi ibu yang hamil positif HIV dan anak dalam kandungan yang bakal bersalin berpotensi hidap juga. Selain itu, susu ibu juga boleh menyebabkan anak dapat HIV.

    Berkongsi lanjut, Dr. Izzar turut menjelaskan mengenai beberapa mitos mengenai HIV yang telah disalah anggap oleh masyarakat ibarat pepatah ‘daun nipah dikatakan daun labu’ yang membawa maksud, segan bertanya menyebabkan salah faham.

    Dalam kalangan masyarakat hari ini, sering kali kita dengar banyak mitos yang timbul. Antara mitos yang sering kita dengar apabila seseorang yang hidap HIV, dia bersin atau batuk dan air liur mereka punca menyebarkan HIV.

    Sebenarnya virus HIV yang berada di luar badan manusia, virus itu akan menjadi lemah, tidak kuat atau mati. Kalau penghidap HIV bersin atau batuk, sukar untuk orang lain mendapat jangkitan.

     Sama juga dengan mitos melalui gigitan nyamuk yang mana ada mengatakan nyamuk gigit orang yang ada HIV dan kemudian menggigit orang lain, seterusnya mendapat HIV. Itu adalah mitos yang tidak benar.

    Selain itu, mitos mengatakan berkongsi pinggan mangkuk dan sudu serta garfu akan menyebabkan penularan HIV, itu tidak betul sama sekali.

    Dr. Izzar AnwariDr. Izzar Anwari

    OhBulan : Apakah gejala awal seseorang menghidap HIV?

    ALSO READ:  [VIDEO] Zhiddin Aziz Terkejut Didatangi Individu Mahu Lakukan Hubungan Sejenis Di Tanah Suci – ‘Perangai Orang Begini Tetap Ada’

    Dr. Izzar : Gejala awal untuk mengesan seseorang hidap HIV terbahagi kepada tiga peringkat. Di mana setiap peringkat mempunyai tanda-tanda tersendiri.

    Peringkat pertama, biasanya tanda-tanda akan muncul selepas satu hingga empat minggu jangkitan HIV berlaku. Pada peringkat pertama, individu tersebut akan rasa sakit kepala, sering kepenatan, bengkak kelenjar, hilang selera makan, sakit badan dan otot, badan timbul ruam, selalu demam dan bagi wanita kitaran haid berubah.

    Pada peringkat kedua, penghidap HIV tidak menunjukkan tanda dan gejala yang khusus, bahkan penderita berasa diri mereka seperti sudah sihat. Peringkat ini dikenali sebagai ‘window period’. Namun, pada hakikatnya, pada waktu ini, virus HIV sedang membiak dan menyerang sel darah putih dalam badan.

    Perlu diingat, walaupun pada peringkat ini tiada tanda yang jelas, penghidap HIV tetap boleh menyebarkan penyakit ini pada orang lain. Di hujung tempoh peringkat kedua, sel darah putih akan berkurang secara drastik sehingga gejala yang lebih serius akan mula muncul.

    Beralih ke peringkat ketiga, tubuh hampir kehilangan sepenuh kemampuan untuk melawan penyakit kerana jumlah sel darah putih terlalu rendah. 

    Jika dibiarkan tanpa sebarang rawatan dalam tempoh tertentu, HIV akan melemahkan keupayaan tubuh untuk melawan jangkitan. Peringkat terakhir ini lebih dikenali sebagai AIDS.

    Ketika diminta berkongsi statistik penularan HIV yang dikeluarkan KKM, Dr. Izzar memberitahu sejak 2010, trend yang direkodkan tidak menurun sepertimana 15 tahun terdahulu dan purata kes adalah sebanyak 3,000 setahun.

    Lebih merisaukan, pada tahun lalu, sebanyak 95 peratus jangkitan dilaporkan menerusi hubungan seksual yang mana 62 peratus daripanya menerusi hubungan homoseksual.

    Statistik yang direkodkan menurun sejak tahun 2000 hingga 2009 dengan kadar penurun kes berkurang sebanyak 50 peratus. Tetapi bermula tahun 2010 hingga 2023, penurun kes tidak menurun sebanyak 50 peratus seperti sebelum itu, hanya menurun sebanyak 25 peratus. Purata sebanyak 3,000 kes baru HIV dilaporkan setiap tahun.

    Pada peringkat awal wabak HIV, faktor utama jangkitan adalah melalui perkongsian jarum suntikan di kalangan pengguna dadah suntikan. Walau bagaimanapun, mulai tahun 2011, transmisi seksual menjadi faktor risiko utama jangkitan yang dilaporkan kepada KKM.

    Pada tahun 2023, sebanyak 95 peratus jangkitan HIV dilaporkan menerusi hubungan seksual (62 peratus jangkitan HIV dilaporkan menerusi hubungan homoseksual/biseksual, manakala 33peratus adalah menerusi hubungan heteroseksual).

    Sementara itu, Dr. Izzar memberitahu golongan belia berusia lingkungan 20 hingga 39 tahun merupakan penyumbang terbesar dalam statistik yang dikeluarkan.

    Anak muda (20-39 tahun) menyumbang sebahagian besar jangkitan HIV (75 peratus) di Malaysia di mana 90 peratus adalah lelaki.

    Dr. Izzar AnwariDr. Izzar Anwari

    OhBulan : Adakah penderita HIV boleh sembuh?

    ALSO READ:  Video: Yazmin Aziz Naik Hantu, Individu Dakwa Ada Luka Di Leher - 'Hoi Bestfriend! Itu Nyamuk Gigit Saya'

    Dr. Izzar : Setakat ini tiada pesakit HIV yang boleh sembuh, tetapi pesakit-pesakit digalakkan untuk mendapatkan rawatan antiretroviral supaya dapat mengurangkan viral load dalam darah pesakit.

    Apabila viral load rendah akan dikesan sebagai ‘undetectable’ dan kemudian potensi untuk pesakit menularkan virus amat rendah, ‘untransmittable’

    Itu juga dipanggil konsep U=U, atau Undetectable = Untransmittable (Tidak dapat dikesan = Tidak boleh dijangkiti).

    Jadi apabila pesakit mengikut rawatan yang sepatutnya dan mengikut nasihat doktor, mereka boleh meneruskan hidup dengan normal. Tetapi dengan syarat pengambilan ubat dengan betul.

    OhBulan: Bolehkah penderita HIV berkahwin?

    Dr. Izzar : Bagi yang tidak beragama Islam, mereka hanya sukarela sama ada mahu lakukan saringan atau tidak.

    Kepada yang beragama Islam, Jabatan Nikah, Cerai dan Rujuk, telah mewajibkan untuk pasangan yang mahu mendirikan rumah tangga untuk melakukan ujian HIV terlebih dahulu. Tujuan melakukan ujian supaya dapat tahu status masing-masing.

    Sekiranya ada yang positif, KKM boleh membuat pengurusan kes supaya individu yang mahu mendirikan rumah tangga itu tidak menularkan virus HIV kepada bakal pasangannya.

    Jika ujian saringan mendapati individu itu ada virus yang aktif, doktor akan mengambil darah dan buat ujian pengesahan yang mengambil masa dua minggu untuk dapatkan keputusan.

    Kemudian pasangan yang mahu berkahwin itu akan dipanggil kembali ke klinik untuk diberitahu sama ada virus aktif atau tidak, jika aktif akan diminta rujuk kepada kaunseling.

    Bakal pasangan akan didedahkan tentang HIV, pengawalan HIV dan sebagainya. Selepas itu, bakal pasangan itu yang perlu membuat keputusan sama ada mahu teruskan pernikahan atau tidak.

    Yang positif itu perlu ‘follow up’ betul-betul dengan doktor dan ambil ubat supaya tidak sebarkan kepada pasangan.

    Sudah menjadi lumrah, setiap pasangan yang berkahwin mahukan cahaya mata untuk menyerikan rumah tangga, namun Dr Izzar menjelaskan ada risiko terhadap penderita HIV sekiranya ingin menimang zuriat.

    Untuk seseorang wanita hamil itu bergantung kepada situasi. Kalau suami yang positif HIV, si suami perlu ambil antiretroviral supaya dapat kurangkan risiko penularan kepada isteri untuk dijangkiti HIV.

    Sekiranya isteri tidak dijangkiti HIV meskipun suami ada HIV, risiko untuk anak dalam kandungan dijangkiti adalah kosong atau sangat rendah.

    Satu lagi situasi, jika si ibu hidap HIV, anak dalam kandungan berpontensi hidap HIV. Jika si ibu ikut rawatan yang disarankan doktor, mereka tetap boleh teruskan untuk bersalin. Apabila anak sudah bersalin akan dapat suntikan formulasi selepas dilahirkan.

    Untuk pengetahuan, transmisi dari ibu yang hamil kepada anak, puratanya sangat rendah iaitu hanya dua peratus di Malaysia. Kerana klinik kesihatan akan buat ujian saringan HIV dan sifilis kepada semua ibu yang hamil di Malaysia. Dari situ, dapat kesan awal sama ada ibu itu ada HIV atau tidak.

    Sekadar info, kempen ‘Peduli Seks: Tabu Tapi Perlu Tahu, yang bermula 1 November hingga 30 November ini adalah bertujuan untuk memupuk pemahaman dan keterbukaan mengenai isu-isu seksualiti, terutamanya dalam kalangan komuniti Melayu.

    ALSO READ:  Netizen Mendakwa Bella Astillah Memiliki Masalah Kepercayaan, Jangan Takut dengan Penyondol Tapi Takut dengan Suami Sendiri

    Sebuah mikrosite khas di says.com/peduliseks disediakan yang akan bertindak sebagai pusat digital kempen ini. Laman tersebut akan mengandungi pelbagai maklumat kempen, termasuk ruang untuk berkongsi cerita secara anonim dan kerjasama dengan NGO yang berkaitan.

    Dengan hashtag #PeduliSeks, kempen ini juga akan memanfaatkan platform media sosial bagi meningkatkan interaksi dan menjangkau lebih ramai masyarakat.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts