Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Fara Fauzana Pernah ‘Dislike’ Nana Mahazan – ‘Dia Tak Perform Nyanyi...

    [VIDEO] Fara Fauzana Pernah ‘Dislike’ Nana Mahazan – ‘Dia Tak Perform Nyanyi Lagu Misha Omar’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pengacara dan penyampai radio popular, Fara Fauzana meraih perhatian apabila mendedahkan dirinya pernah membenci pengacara dan penyanyi, Nana Mahazan satu ketika dahulu.

    Tak ‘perform’ nyanyi lagu Misha Omar

    Pendedahan tersebut didedahkan Fara sendiri menerusi satu hantaran video yang dimuat naik Nana di TikTok.

    Menurut Fara atau nama sebenarnya Farah Fauzana Mohd Fadzil ketika itu Nana merupakan salah seorang peserta bagi sebuah program realiti terbitan stesen televisyen swasta pada tahun 2003.

    Fara menjelaskan dia mula tidak menyukai Nana kerana penyanyi tersebut gagal menyanyikan lagu kegemaran nyanyian asal kawan baiknya, Misha Omar yang berjudul ‘Halaman Cinta’.

    Waktu itu saya dah mula berkawan dengan Misha Omar dan itu punca dia. Lepas itu, ada satu minggu itu Nana menyanyikan lagu ‘Halaman Cinta’.

    Saya tak dapat terima nyanyian Nana sebab dia tak perform waktu menyanyikan lagi itu.

    Saya lagi bertambah ‘frust’ bila Nana tak tersingkir.

    Fara kemudiannya dimarahi Misha selepas memaklumkan ketidakpuasan hatinya terhadap nyanyian Nana.

    Misha tak marah pun Nana nyanyi lagu sebab dia pun cakap yang dia sendiri susah nak menyanyikan lagu itu.

    Tuan punya badan pun tak bising lepas itu Misha marah saya, ‘Engkau apahal? Biarlah dia menyanyi macam itu’.

    Berkawan selepas kerja bersama

    Nak dijadikan cerita, Fara dan Nana kemudiannya ditakdirkan untuk bekerja di bawah satu stesen radio yang sama kira-kira setahun tahun selepas tamatnya program realiti tersebut.

    Menurut Nana, dia pernah dipulaukan oleh Fara semasa mereka bekerja dalam satu pasukan pada ketika itu.

    Saya ingat lagi tarikh ini iaitu 5 Januari 2004, saya dapat diserap masuk menjadi penyampai radio. Waktu itulah saya dipulau, dibuli oleh Fara Fauzana.

    Ada satu ketika kami satu pasukan nak pergi ‘fitting’ baju di Sungei Wang Plaza, semua orang tak nak berjalan seiring dengan saya.

    Namun begitu, mereka mula menjadi sahabat baik selepas Fara tidak bersetuju dengan tindakan pengurusnya yang dikenali sebagai Felisha yang meluahkan meluahkan rasa bencinya terhadap Nana.

    ALSO READ:  Tak Mahu Anak Membesar Dengan Gosip Tentang Ayahnya, Shakilla Khoriri Mohon Netizen Henti Gores Hati Fizi Ali!

    Menurut Fara, dia mula sedar akan kesilapannya kerana melihat Nana kekal tenang meskipun diperlakukan sebegitu rupa.

    Satu hari Felisha datang dekat kafe ofis kami dia cakap, ‘Eh Nana, saya tak suka awaklah’.

    Tapi Nana kekal tenang sambil teruskan menjamu selera.

    Saya pandang Felisha terus cakap, ‘What did you just say? Awak tak boleh cakap dekat Nana macam itu, kita kena ada rasa hormat pada dia’.

    Apa yang buat saya tersentuh ialah Nana kekal tenang dan dari situ baru saya sedar apa yang saya buat pada dia itu salah.

    Video

    @nanamahazanRupanya @mishaomar punca ?? The story of our friendships. Semoga sampai syurgaNya. I love you pond. Antara org org yg sentiasa have faith in me, supportive and sgt baik. Dan sebab kau jugak pond, banyak benda yang aku mampu buat. Korang dah dengar ke lagu Mampu? Klik link kat bio saya ok.. ? Thank you korang.. ?? original sound – Nana Mahazan

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts