Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Farid Kamil Harap Urusan Dipermudahkan, Diana Danielle Seloroh Mahu Nasi Lemak

    [VIDEO] Farid Kamil Harap Urusan Dipermudahkan, Diana Danielle Seloroh Mahu Nasi Lemak

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon Diana Danielle tiba di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Perseketuan Kuala Lumpur pada jam 8:17 pagi bagi prosiding pengesahan rujuk dan sebutan pertama perceraian.

    Diana, Farid Hadir

    Diana, 33, yang mengenakan jubah hitam ketika disoal mengenai harapannya, aktres itu secara berseloroh menjawab dia mahu makan nasi lemak.

    Harapan? Saya mahu cari nasi lemak.

    Dalam pada itu, peguam mewakili Diana iaitu Datuk Akberdin Abdul Kadir berkata, prosiding akan dimulakan dengan pengesahan rujuk dan kemudian diikuti dengan prosiding pertama perceraian.

    Hari ini ada dua permohonan iaitu rujuk dan cerai. Akan teruskan dengan rujuk dulu dan kemudian diikuti dengan cerai.

    Kedua-dua belah pihak perlu hadir ke mahkamah pada hari ini (Rabu).

    Harapan Farid

    farid familyfarid family

    Sementara itu, Farid yang tiba beberapa minit kemudian bersama peguam Fakhrul Azman Abu Hassan berharap urusannya bersama isteri dipermudahkan.

    Semoga yang baik-baik sahaja pada hari ini, agar segalanya dipermudahkan.

    Pada 28 Oktober lalu, Diana mengejutkan ramai apabila mengumumkan nekad mahu berpisah dan bakal memfailkan perceraian terhadap Farid buat kali kedua.

    Tegas Diana, dia enggan lagi dipujuk dan dan tidak mahu lagi percaya dengan janji manis ditabur Farid.

    Sebelum ini, Farid dalam satu sidang media memberitahu, tiada rumah tangga yang tidak dilambung ombak dan akan berusaha menyelamatkan perkahwinannya sehabis baik.

    Imbas kembali, pada 10 Mac tahun lalu, Diana pernah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

    Farid dan Diana kemudiannya sah bercerai talak satu menerusi Google Meet pada 10 Ogos 2023 namun, kembali rujuk semula selepas 21 hari.

    Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad, 11, dan Nur Aurora yang kini berusia 9 tahun.

    ALSO READ:  [VIDEO] Aliff Syukri ‘Ngeri’ Dengan Sikap Manusia Berpura-Pura Baik – ‘Depan Kita Dia Paling Malaikat’

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts