Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Farid Kamil Kongsi Momen Bercuti Di Bali, Netizen Puji!

    [VIDEO] Farid Kamil Kongsi Momen Bercuti Di Bali, Netizen Puji!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pelakon, Farid Kamil mencuri perhatian ramai dalam kalangan netizen selepas berkongsi momen percutian bersama isterinya yang juga pelakon, Diana Danielle serta kedua-dua anak mereka, Muhammad dan Nur Aurora, baru-baru ini.

    Farid Kamil atau nama penuhnya Farid Kamil Zahari dilihat sedang menikmati suasana matahari terbenam di salah sebuah pantai yang terletak di Bali, Indonesia bersama keluarga. Menerusi kapsyen ringkas, difahamkan keluarga ini sedang menjalani penggambaran rancangan yang berkonsepkan drama realiti pasangan selebriti terkenal di Malaysia, iaitu Romantika.

    “Sunset…Pasti kita kembali. #romantikaastro.”-kapsyen Farid Kamil di Instagram

    View this post on Instagram

    A post shared by Farid Kamil (@faridkamilz)

    IKLAN

    “Comel Je Muka Anak Last Video Tu..”

    Perkongsian Farid dibanjiri dengan komen netizen yang meluahkan rasa terharu melihat kebahagiaan keluarga bahagia ini biarpun pernah berdepan dengan kemelut rumah tangga pada tahun lalu.

    Sekadar info, Diana Danielle dan Farid Kamil mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad dan Nur Aurora.

    Walaubagaimanapun, ujian menimpa pasangan ini apabila membuat keputusan untuk berpisah pada Ogos 2023 selepas 11 tahun mendirikan rumah tangga.

    Memperbaiki diri serta mencari jalan yang terbaik untuk rumah tangga mereka, pasangan ini kembali rujuk semula sebagai suami isteri selepas sebulan bercerai.


    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts