Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Farid Kamil Tersenyum Manis Tiba Di Mahkamah – ‘Ini Merupakan Hari...

    [VIDEO] Farid Kamil Tersenyum Manis Tiba Di Mahkamah – ‘Ini Merupakan Hari Terbaik Dalam Hidup Saya’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon Farid Kamil yang ditemani peguam Fakhrul Azman Abu Hassan tiba di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Perseketuan Kuala Lumpur pada jam 9.40 pagi bagi prosiding pertama permohonan perceraian.

    Farid nampak tenang

    farid familyfarid family

    Ketika ditemui , Farid atau nama lengkapnya Farid Kamil Zahari meluahkan rasa syukur dan menyifatkan tarikh 16 Disember ini merupakan hari yang terbaik buat dirinya.

    Alhamdulillah saya bersyukur sangat. Hari ini merupakan hari terbaik dalam hidup saya.

    Manakala Diana Danielle yang tiba pada jam 9:30 pagi diiringi dua pengawal peribadi enggan mengulas lebih lanjut berhubung prosiding yang bakal berlangsung.

    Apabila ditanya mengenai keadaannya pada pagi ini, Diana hanya menjawab dia berada dalam keadaan baik-baik sahaja.

    Alhamdulillah.

    Tunggu jawapan muktamad Farid

    @official Farid Kamil tetap berpakaian songkok dengan lilitan putih ke Mahkamah hari ini, semoga dipermudahkan ??# #fyp #news #dianadanielle #faridkamil #sebutan #kes #cerai #songkok #lilitan #putih ? original sound – OHBULAN!

    Sementara itu, peguam mewakili Diana iaitu Datuk Akberdin Abdul Kadir memaklumkan pihaknya akan meneruskan dengan proses permohonan perceraian dan menunggu jawapan daripada pihak defendan.

    Hari ini diteruskan dengan permohonan cerai. Jadi kita akan tunggu reaksi daripada defendan (Farid Kamil), sama ada dia bersetuju atau tidak.

    Kita akan teruskan dengan proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) dan Hakam.

    Pada 20 November lalu, Diana dan Farid hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Perseketuan Kuala Lumpur untuk pengesahan rujuk sebelum meneruskan prosiding pertama perceraian, pada Isnin (16 November).

    Pada 28 Oktober lalu, Diana mengejutkan ramai apabila mengumumkan nekad mahu berpisah dan bakal memfailkan perceraian terhadap Farid buat kali kedua.

    Tegas Diana, dia enggan lagi dipujuk dan dan tidak mahu lagi percaya dengan janji manis ditabur Farid.

    ALSO READ:  [VIDEO] Didakwa Tak Pandang Muka & Hargai Pengorbanan Bekas Isteri, Ini Respons Andika Putera

    Sebelum ini, Farid dalam satu sidang media memberitahu, tiada rumah tangga yang tidak dilambung ombak dan akan berusaha menyelamatkan perkahwinannya sehabis baik.

    Imbas kembali, pada 10 Mac tahun lalu, Diana pernah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

    Farid dan Diana kemudiannya sah bercerai talak satu menerusi Google Meet pada 10 Ogos 2023 namun, kembali rujuk semula selepas 21 hari.

    Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad, 11, dan Nur Aurora yang kini berusia 9 tahun.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts