Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Farid Kamil Tiada Sebab Pakai Songkok Lilit Reben Putih – ‘Handsome...

    [VIDEO] Farid Kamil Tiada Sebab Pakai Songkok Lilit Reben Putih – ‘Handsome Tak?’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Farid KamilFarid Kamil

    Dikala rumah tangga di ambang perpisahan, pelakon Farid Kamil meluahkan rasa syukur masih diberi kesempatan meluangkan masa bersama dua cahaya matanya, Muhammad dan Nur Aurora.

    Ulang tahun Aurora

    Farid KamilFarid Kamil

    Farid, 43, berkata, dia sempat berjumpa dengan anak-anak pada pagi Rabu sebelum hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi prosiding permohonan rujuk.

    Jumpa anak-anak tiada masalah. Kami dapat bertemu seperti biasa. Kali terakhir saya jumpa mereka pun hari ini (Rabu), pagi tadi.

    Aurora dan Muhammad, alhamdulillah mereka dalam keadaan baik-baik sahaja.

    Dalam pada itu, Farid meluahkan rasa teruja untuk menyambut ulang tahun kelahiran puterinya, Aurora yang kesembilan pada hari ini.

    Selamat hari jadi saya ucapkan dan mahu minta semua orang ucapkan selamat ulang tahun kelahiran kepada Aurora.

    Saya harap orang beri doa-doa yang terbaik buat anak saya Nur Aurora Robeah. Semoga dia diberkati dan dirahmati Allah SWT. Dia nak hadiah paling mahal iaitu diri saya.

    Songkok lilit reben

    Farid KamilFarid Kamil

    Sementara itu, disoal mengenai penampilan mengenakan songkok berlilit reben putih, pelakon filem Anwar The Untold Story enggan menjawab dengan jelas, sebaliknya meluahkan hasrat untuk menjemput Aurora dari sekolah.

    Ada nampak ‘handsome’(kacak)? Sebenarnya, hari ini saya sangat bersyukur. Saya nak pergi ambil anak saya dari sekolah untuk menyambut hari lahirnya.

    Rahsia (sambutan hari jadi). Yang penting mestilah sambut tempat paling romantik.

    Terdahulu, mahkamah mengesahkan permohonan rujuk Diana dan Farid sebagai suami isteri.

    Mahkamah kemudian menetapkan 2 Disember depan bagi proses perceraian yang difaikan Diana terhadap Farid dan meminta aktres berkenaan membawa sijil rujuk serta dokumen lain yang berkaitan.

    Pada 28 Oktober lalu, Diana mengejutkan ramai apabila mengumumkan nekad mahu berpisah dan bakal memfailkan perceraian terhadap Farid buat kali kedua.

    ALSO READ:  [VIDEO] Gelagat Syatilla Melvin Terhibur Lihat Menu Nama Makanan, Cetus Perhatian!-“Gelak Dulu Baru Tunduk”

    Tegas Diana, dia enggan lagi dipujuk dan dan tidak mahu lagi percaya dengan janji manis ditabur Farid.

    Sebelum ini, Farid dalam satu sidang media memberitahu, tiada rumah tangga yang tidak dilambung ombak dan akan berusaha menyelamatkan perkahwinannya sehabis baik.

    Imbas kembali, pada 10 Mac tahun lalu, Diana pernah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

    Farid dan Diana kemudiannya sah bercerai talak satu menerusi Google Meet pada 10 Ogos 2023 namun, kembali rujuk semula selepas 21 hari.

    Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad, 11, dan Nur Aurora yang kini berusia 9 tahun.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts