Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Faris Choii Didenda RM3,000 Buat Aksi Drift, Syukur Kes Sudah Selesai...

    [VIDEO] Faris Choii Didenda RM3,000 Buat Aksi Drift, Syukur Kes Sudah Selesai – ‘Ini Satu Pengajaran Buat Kita Semua’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pempengaruh TikTok yang dikenali sebagai Faris Azri Choii meluahkan rasa syukur selepas kes mahkamah melibatkan dirinya sudah pun selesai.

    Titip pesan buat orang ramai

    @farisazrichoiiSyukur Alhamdulillah …? original sound – farisazrichoii

    Menerusi perkongsian di TikTok, Faris atau nama sebenarnya Muhammad Faris Azri Md Hanif membuat permohonan maaf atas kelakuannya yang telah melakukan aksi ‘drift’ dan berharap orang ramai menjadikan isu ini sebagai satu pengajaran.

    Assalamualaikum, Alhamdulillah kes saya sudah selesai di mahkamah.

    Saya harap orang di luar sana tidak ikut dan membuat aksi macam yang saya buat.

    Sekali lagi saya minta maaf atas kelakuan saya dan ini satu pengajaran buat anda di luar sana untuk tidak melakukan aksi merbahaya di jalan raya.

    Berhati-hati di jalan raya

    Foto: Harian Metro

    Dalam pada itu, pempengaruh berusia 25 tahun itu juga menitipkan ucapan terima kasih buat mereka yang sentiasa menyokongnya dan menasihati orang ramai untuk sentiasa berhati-hati di jalan raya.

    Terima kasih buat mereka yang berada di belakang sana dan ingat, berhati-hatilah di jalan raya.

    Terdahulu, Faris mengaku bersalah atas pertuduhan memandu secara gopoh dengan melakukan aksi ‘drift’ di Mahkamah Majistret Balik Pulau, Pulau Pinang.

    Selepas pengakuan dibuat, Faris diperintahkan untuk membayar denda sebanyak RM3,000 dan boleh dihukum penjara selama sebulan jika gagal berbuat demikian.

    Imbas kembali, Faris ditahan pihak polis sebelum direman selama dua hari pada Ahad lalu semasa melakukan aksi ‘drift’ ketika memandu kereta jenis Mazda Roadster.

    Faris kemudiannya didakwa memandu kereta secara gopoh hingga mungkin menyebabkan bencana kepada orang lain di bawah Seksyen 279 Kanun Keseksaan,

    ALSO READ:  Membesar Sebagai Anak Terbiar, Kisah Keperitan Hidup Semasa Kecil Buat Kael Hasilkan TEDUHAN KASIH

    Jika disabitkan kesalahan, Faris berdepan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda hingga RM2,000.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts