Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, October 6, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Fasha Sandha Belajar Daripada Jejai, Terapkan Dekat Anak-Anak Budaya Berterima Kasih

    [VIDEO] Fasha Sandha Belajar Daripada Jejai, Terapkan Dekat Anak-Anak Budaya Berterima Kasih

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    fashafasha

    Pelakon Fasha Sandha menjawab mengenai status meluahkan rasa kurang senang terhadap individu yang tidak menghargai pemberian hadiah serta berat mulut untuk mengucapkan terima kasih di Instagram Stories.

    Memang nak dia terasa

    FASHA TERIMA KASIHFASHA TERIMA KASIH

    Ketika ditemui , Fasha akui dia hanya insan biasa yang ingin meluahkan perasaan di media sosial. Menurut Fasha, dia sengaja mengingatkan individu yang ditujukan untuk sering ringan mulut mengucapkan terima kasih memandangkan ia sudah bertahun terjadi.

    Ada sesetengah manusia tak kira rapat ke tak, bila kita buat kebaikan… mungkin sebab kita kerap buat kebaikan, jadi kadang-kadang orang kata mereka ambil kesempatan.

    Terlupa nak cakap terima kasih atau memang bukan budaya ucap terima kasih. Sebenarnya dah bertahun, tapi status itu nak bagi dia sedar… memang nak bagi dia terasa.

    Saya hanya manusia biasa, hanya rasa nak meluahkan… curhat.

    Fasha berkata demikian ketika majlis Iftar Gardenia Numee & Fasha Sandha serta pelantikan sebagai duta di Gardenia Bakeries, Shah Alam, pada Selasa.

    Lima kali anak ucap terima kasih

    anak anak ucap terima kasihanak anak ucap terima kasih

    Dalam pada itu, pemilik nama Nur Fasha Sandha Hassan menyatakan bekas suaminya, Rizal Ashram atau Jejai yang banyak mengajar dirinya mengenai adab ketika berdepan atau berkomunikasi dengan orang.

    Katanya lagi, dia juga menerapkan amalan yang sama kepada anak-anak untuk tidak lupa mengucapkan terima kasih walau perkara kecil.

    Walaupun perkara itu kecil (ucap terima kasih), tapi saya banyak belajar dengan bekas suami. Dia (Jejai) banyak mengajar saya bagaimana etika nak berhadapan dengan orang, diplomatik dengan orang.

    Sekarang, saya juga terapkan ucapan terima kasih sebagai budaya kepada anak-anak. Sama ada Rayfal, Jemyma dan Aisha, mereka mudah mengucapkan terima kasih kepada dalam apa saja situasi.

    Kepada saya, mereka akan cakap terima kasih lebih lima kali dalam sehari. ‘Thank you ibu for cooking, ‘thank you ibu for today’, saya jadi gembira sebab mereka dah biasa dengan ucapan itu.

    ALSO READ:  Ruhainies Mahu Betulkan Keadaan, Rancang Nak Bina Nama & Kerjaya Semula – ‘Saya Sayang & Maafkan Semua Orang’

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,236FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts