Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Fasha Sandha Dijangkiti Covid-19 Pada Hari Raya Kedua, Kesal Dengan Pembawa...

    [VIDEO] Fasha Sandha Dijangkiti Covid-19 Pada Hari Raya Kedua, Kesal Dengan Pembawa Virus – ‘Selfish, Sebab Kau Hancur Plan Raya’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Fasha SandhaFasha Sandha

    Pelakon Fasha Sandha menitiskan air mata apabila dia dan keluarga terpaksa melupakan hasrat untuk menyambut raya di kampung halaman di Perlis selepas dijangkiti Covid-19.

    Positif Covid

    Fasha SandhaFasha Sandha

    Menerusi hantaran di Instagram, Fasha memberitahu dia sekeluarga disahkan positif virus tersebut selepas melakukan pemeriksaan di sebuah klinik ketika dalam perjalanan menuju ke Perlis dari Rembau, Negeri Sembilan.

    Menurutnya, dia sudah berasa tidak sihat dan mengalami simptom seperti selsema sejak hari raya pertama.

    Hati siapa yang tidak hancur. Kisahnya balik Rembau dua hari sebelum raya, sejak raya pertama terus bersin-bersin tidak berhenti. Ingatkan selsema biasa, husnuzon.

    Pada raya kedua, 13 jam dalam perjalanan dari Rembau, berhenti KL sekejap sambung perjalanan ke Perlis. Makan apa-apa rasa tawar, hati ini tiba-tiba rasa tak sedap hati. Terus pegi klinik dan check Covid sebelum nak jumpa keluarga di Perlis.

    Ya benar, berjaya mendapat Covid dari Rembau. Nasib lah, pegi check, kalau tak check makanya saya membawa virus ini ke Perlis. Dah lah di Perlis ada ramai orang tua dan berisiko tinggi. Alhamdulillah Allah lindung dia orang.

    Ini dugaan raya kami. Sedih tak dapat beraya dengan keluarga Perlis satu perkara.
    Lagi satu sedih teramat sebab 99 peratus di sana bila kami bagitahu kena covid diorang mengganggap ni demam biasa.

    Dalam perkongsian sama, pelakon drama Malang Si Puteri itu turut meluahkan rasa kesal dengan sikap segelintir pihak yang tidak mempunyai kesedaran menyambut Aidilfitri meskipun dijangkiti Covid-19.

    Siapalah yang keluar beraya masa ada Covid ini kan, memanglah selfish. Kerana kau punya selfish, tahu kau tak sihat tetap keluar beraya. Pass virus pada orang lain. Hancur plan raya saya dengan keluarga Perlis.

    Hari ini sambung perjalanan kami ke KL, 10 jam lagi nak mengadap jalan jam. Dan inilah kisah raya kami keluarga kecil. Beraya sambil quarantine sampai Ahad. Tidak apa, kami berenam raya sambil quarantine. Dugaan kami.

    Tujuan saya kongsi perkara ini adalah untuk memberikan peringatan pada followers saya untuk stay safe. Jangan bersentuh-sentuh sangat. Biarlah orang nak kata kita sombong daripada dapat penyakit untuk keluarga kita.

    ALSO READ:  May*t Wanita Berulat Ditemui Dalam Peti Sejuk, Diker*t Kepada 59 Bahagian

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts