Pelakon Fasha Sandha berkongsi tentang kekuatannya ketika mengharungi fasa perceraian.
Terus kuat
@nona.my Kuatnya wanita bernama Fasha Sandha. Rupanya pada hari perceraiannya bersama bekas suami Toh Muda Rizal Ashram Ramli, Fasha masih ke lokasi penggambaran drama dan teruskan kerja lakonannya. Bagi Fasha, perkahwinan dan kebahagiaan adalah pinjaman. Walaupun perjalanannya berliku, dia tetap bersyukur dan tidak pernah menyesal dengan apa yang telah berlaku. Fasha juga tidak melihat status ibu tunggal selepas perkahwinan pertamanya satu kekurangan, sebaliknya sebagai peluang untuk menjadi lebih kuat dan berdikari. Selepas tiga tahun, dia bertemu jodoh semula dan berkahwin dengan Aidil Aziz. Saksikan video penuh temubual eksklusif NONA bersama Fasha Sandha di saluran Youtube dan FB Majalah Nona. Nona Superwoman Award kembali untuk edisi keempat mengiktiraf kecemerlangan dan sumbangan wanita melalui pelbagai kategori anugerah daripada pelbagai kerjaya dan latar belakang. Nantikan Nona Superwoman Award 24, 8 Januari nanti #majalahnona #nonasuperwomanaward2024 #nonasuperwomanaward #nonasuperwoman
? original sound – NONA – NONA
Menerusi temu bual bersama Nona, Fasha atau nama lengkapnya Nur Fasha Sandha Hassan berkata, dia terus menjalankan penggambaran seperti biasa pada hari yang sama perpisahannya bersama bekas suami.
Dalam masa yang sama, Fasha juga meminta kepada seluruh produksi drama tersebut untuk tidak meluahkan rasa simpati kepadanya.
Hari saya bercerai, hari itu juga saya shooting drama dan saya tak minta cuti.
Tetapi saya dah pesan kepada team produksi untuk tidak sesekali peluk saya dan buat seperti biasa sahaja..macam hari yang normal.
Jangan buat saya seperti saya mahukan simpati. Itulah kekuatan saya pada ketika itu.
Nasihat kawan
Sementera itu, aktres berusia 40 tahun itu menegaskan bahawa dia tidak menggalakkan perceraian terutama kepada para wanita yang tidak mempunyai pekerjaan dan simpanan wang.
Justeru, Fasha menasihati rakan-rakannya untuk mempertahankan rumah tangga andai ia tidak memudaratkan mereka.
Ada beberapa orang kawan yang minta nombor telefon peguam saya untuk memfailkan perceraian.
Saya kata kepada mereka, tak semua orang kuat untuk menjadi ibu tunggal.
Pemikiran saya sedikit berbeza, saya kata mereka tidak boleh menjadi ibu tunggal kerana mereka tidak bekerja dan tiada simpanan.
Saya tak galakkan perceraian kecuali kalau sudah tak boleh dipertahankan.
Terdahulu, Fasha pernah mendirikan rumah tangga bersama Datuk Rizal Ashram Ramli atau dikenali sebagai Jejai.
Menerusi perkahwinan itu, Fasha mendapat dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 10, dan Putri Raysha Jemaima, 9.
Fasha kemudian mendirikan rumah tangga dengan aktor Aidil Aziz pada Mac 2019 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aisha Amaira.