Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Fathia Latiff Luah Pendapat Kontroversi Bella Astillah & Aliff Aziz –...

    [VIDEO] Fathia Latiff Luah Pendapat Kontroversi Bella Astillah & Aliff Aziz – ‘Benda Ini Sebenarnya Normal Dalam Industri Hiburan’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    fathiafathia

    Isu rumah tangga pelakon dan penyanyi Bella Astillah menjadi antara sorotan utama di media sosial sejak suaminya, Aliff Aziz ditangkap khalwat bersama aktres Ruhainies.

    Pandangan Fathia

    fathiafathia

    Menerusi video yang dimuat naik semula di TikTok, Fathia memberikan pandangan tentang kontroversi berkenaan.

    Menurut Fathia, perkara tersebut adalah kelaziman yang berlaku di dalam industri hiburan tempatan berikutan para pelakon akan menghayati watak masing-masing.

    Benda ini sebenarnya normal dalam industri hiburan. Sebab mereka mendalami watak, mereka akan terjatuh cinta tanpa sengaja atau tanpa niat.

    Saya tak cakap apa yang mereka buat itu betul, memang dari segi undang-undang dan agama pun salah. Tetapi bila kami yang dalam dunia hiburan dengar cerita ini, kami gelak kerana ianya normal.

    Dalam pada itu, Fathia mendakwa Bella berasa tertekan berkemungkinan akibat gesaan yang diterima di media sosial.

    Saya rasa tekanan daripada netizen yang buat Bella menangis. Saya rasa dia okay dan dia faham situasi Aliff . Tapi Alhamdulillah saya tengok Bella pun dapat rezeki yang banyak.

    Ruhainies pula, jangan condemn dia. Macam kes saya dulu, saya pun bercinta dekat set.

    Pelakon drama Ariana Rose ini juga berpendapat bahawa setiap pelakon seharusnya mempunyai sikap profesional terutama jika pasangan mereka juga bekerja di dalam industri yang sama.

    Kalau kau berdua suami isteri adalah pelakon, kau kena tahan mental fizikal juga..macam yang Zarina Zainuddin kata. Mental kau kena kuat. Sebab peluang untuk jatuh cinta dekat set tu memang tinggi dan akan sampai tahap boleh tinggalkan isteri. Sebab tu kena profesional dalam industri ini.

    Saya tak boleh, saya memang kuat cemburu. Kalau cinta lokasi ni memang saya tak boleh.

    Sebelum ini, adik kepada Bella iaitu Didi Astillah mengesahkan individu yang dicekup oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sebuah kondominum mewah di ibu kota adalah abang iparnya, Aliff Aziz. Manakala Ruhainies didakwa telah bersekedudukan bersama aktor tersebut.

    ALSO READ:  Kumpulan Kpop ONEUS Bakal Mengadakan Konsert Jelajah ‘La Dolce Vita’ Di Kuala Lumpur Pada 4 Mei 2024!

    Bella kemudian hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi prosiding pertama kes perceraian dengan suaminya.

    Walau bagaimanapun, mahkamah kemudiannya menetapkan satu tarikh baharu bagi sebutan kes kedua pasangan itu selepas aktor tersebut tidak hadir ke mahkamah atas alasan terlibat dengan penggambaran.

    @angel_teeya

    #fyp #fyp?

    ? original sound – clara_1996? – fatiyalatiff

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts