Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, December 4, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment ‘Fatima Nak Tengok Daddy & Mummy Bersama’

    [VIDEO] ‘Fatima Nak Tengok Daddy & Mummy Bersama’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Aktor terkenal, Fattah Amin sebak memikirkan situasi anak tunggalnya, Nur Fatima Aisya yang masih belum mengerti perceraian dirinya bersama Fazura.

    ‘Dia nak tengok daddy dan mummy bersama’

    Ketika ditemui , Fattah, 34, menyatakan Fatima sangat gembira ketika bertemu dirinya.

    Katanya lagi, Fatima pernah menyuarakan hasrat untuk dirinya pulang ke rumah dan kembali bersama dalam satu keluarga.

    Cakap fasal anak memang saya sedih sebab apabila Fatima jumpa saya memang dia gembira.

    Nak saya balik rumah, nak main dengan Daddy dia. Dia nak tengok daddy dan mummy bersama.

    Saya terpaksa tipu dia cakap nak keluar rumah ini sebab pergi kerja tetapi dia menangis dan tak nak lepaskan saya.

    Dalam pada itu, pemilik nama Abdul Fattah Mohd Amin turut berasa kesal kerana Fatima terpaksa menempuh detik hitam di usia sangat muda.

    Apa yang saya kesali adalah anak saya. Dia tidak sepatutnya menerima keadaan seperti ini dalam keadaan dia umur masih empat tahun.

    Namun dia terpaksa menerima keadaan sebegini.

    Sebelum ini, Fazura mendakwa bekas suaminya tidak ada usaha menjernihkan hubungan sebagai suami isteri.

    Fazura dan Fattah sah bercerai talak satu kira-kira pukul 9.45 pagi tadi di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam.

    Pada 13 September lalu, Fazura mengejutkan ramai apabila memfailkan permohonan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

    Sekadar info, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan dikurniakan Nur Fatima yang kini berusia 4 tahun.

    Video

    @official Fattah tidak dapat menahan sebak apabila berjumpa dengan anaknya, Fatima ??# #fyp #news #fattah #menangis #fatima #gembira #jumpanya ? original sound – OHBULAN!

    ALSO READ:  Sudah 10 Tahun Iwan Bangunkan Madrasah Di Sumatera Utara

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts