Demi peminat yang banyak memberi sokongan, pelakon kacak Fattah Amin meletakkan syarat supaya produk yang berkolaborasi dengannya tidak dijual dengan harga yang mahal.
Demi peminat
@rissaskin_hq Semalam gaduh dengan Fattah Amin pasal harga. Kita nak buat kuantiti byk size besar tp dia tak bagi! Dia cakap buat kuantiti kurang sedikit dan dapat jual murah supaya semua dapat beli. Untung kecil pun takpe. Syg nye lah dia kat peminat semua ?
? original sound – Rissaskin – Rissaskin
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, usahawan yang dikenali sebagai Datin Nurul Syahera mendedahkan aktor tersebut meminta untuk menjual produk kopi mereka dengan lebih murah meskipun tidak memperoleh keuntungan yang besar.
Bergaduh dengan Fattah pasal harga. Kita nak buat kuantiti banyak dan size besar tapi dia tak bagi.
Dia cakap buat kuantiti kurang sedikit dan dapat jual murah supaya semua orang dapat beli, untung kecil pun tak apa.
Sayangnya dia dekat peminat.
Dalam masa yang sama, pelakon berusia 34 tahun itu juga berkali-kali berunding bersama Syahera untuk mengurangkan harga.
Saya suruh dia jual mahal sebab ada dua perisa di dalam satu bekas.
Tapi dia tak mahu jual mahal, dia minta untuk jual murah sebab dia kata, ‘itu semua peminat saya, mereka menyokong saya takkan nak jual mahal.’
Saya kata jualah RM70, dia kata tak boleh. Kemudian RM60, tak boleh juga, RM50 pun masih mahal. Dia kata bawah RM40 baru dia nak jual.
Komen netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji Fattah yang disifatkan peka dengan kewangan segelintir peminatya yang kurang berkemampuan.
Dia faham sebab sebenarnya ramai golongan B40 yang sokong dan beli. Kalau mahal sangat yang gaji besar sahaja boleh beli, suri rumah kena berkira-kira juga.
Kami B40 susah cari duit, betul cakap Fattah.
Terharu dengan keprihatinan Fattah kepada peminat. Lagilah peminat nak beli, semoga berjaya!