Pelakon Fattah Amin dikejarkan ke hospital sebelum bersiaran langsung di TikTok akibat salah urat di bahagian tengkuk.
Demi tanggungjawab
@rissaskin_hq Replying to @bungamawar ? original sound – Rissaskin
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, pemilik nama lengkap Abdul Fattah Mohd Amin, 34, dilihat tetap meneruskan tanggungjawabnya sebagai duta produk kecantikan.
Menurut pengasas Rissa Skin, Fattah diarahkan untuk berehat namun dia tetap datang ke set untuk bekerja.
Kuatnya insan yang bernama Fattah Amin. Dia tetap datang juga walaupun doktor dah suruh untuk berehat.
Difahamkan, siaran langsung di TikTok itu tidak dapat dihabiskan dalam masa dua jam oleh kerana kesihatan Fattah yang tidak mengizinkan.
Itulah Fattah Amin kalau semua nak kenal.
Dia tolak semua sakit, arahan doktor pun dia tak dengar, sanggup datang live walaupun dalam keadaan sakit.
Kesian daddy Nyamma
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen simpati dengan keadaan Fattah yang dilihat terdapat kesan suntikan di pelipat tangan. Selain itu, terdapat juga warganet yang menitipkan doa buat pelakon berusia 34 tahun itu agar segera pulih seperti biasa.