Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, December 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Fattah Amin Kongsi Zikir Selepas Solat – ‘Allah Sebaik-Baik Perancang’

    [VIDEO] Fattah Amin Kongsi Zikir Selepas Solat – ‘Allah Sebaik-Baik Perancang’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon, Fattah Amin berkongsi amalan zikir yang sering diamalkannya setiap kali selesai mengerjakan solat.

    Jangan tinggal zikir

    Selain berkongsi zikir yang diamalkan, pemilik nama Abdul Fattah Mohd Amin turut berpesan kepada para pengikutnya untuk tidak meninggalkan amalan tersebut setiap kali selesai solat.

    Zikir yang saya amalkan setiap kali lepas solat ialah Zikir Tasbih Fatimah.

    Zikir ini kita jangan pernah tinggal, selesai solat juga jangan tinggal untuk baca ayat al-Kursi dan sentiasa berdoa.

    Itu adalah amalan saya setiap kali selesai mengerjakan solat.

    Fattah berkongsi perkara tersebut ketika satu sesi siaran langsung di TikTok pada Sabtu.

    Perlu banyak bersabar

    Dalam pada itu, pelakon filem ‘KL Special Force’ turut menitipkan pesan agar sentiasa bersabar menghadapi segala ujian yang diberikan Allat SWT.

    Ujar Fattah, pasti ada hikmah di sebalik ujian dan dugaan diterima oleh seseorang manusia itu.

    Apa saja yang kita buat perlu sentiasa bersabar dengan segala ujian dan dugaan.

    Kena yakin setiap ujian dan dugaan yang diberikan itu ada hikmahnya. Akan ada pelangi selepas hujan, akan ada sinar selepas langit yang mendung.

    Setiap ujian pasti akan ada jalan keluar dan nikmat yang Allah akan berikan.

    Ingatlah bahawa kalau kita rancang apa-apa sekalipun, Allah merupakan sebaik-baik perancang.

    Di akhir hantaran, bapa kepada seorang anak menitipkan ucapan terima kasih buat semua peminat yang telah banyak memberikan sokongan dan kata-kata semangat buatnya .

    Terima kasih kepada semua yang memberikan kata-kata semangat kepada saya.

    Terima kasih juga kepada anda yang tengok ‘live’ saya malam ini dan insya-Allah ‘live’ seterusnya nanti saya akan lancarkan produk terbaharu saya untuk dijual di TikTok.

    Doakan yang baik-baik untuk kerjaya dan perniagaan saya. Saya juga akan doakan supaya anda semua yang beri sokongan kepada saya berjaya dunia dan akhirat.

    Sementara itu, menerusi tinjauan , sesi siaran langsung yang dilakukan Fattah berjaya mencuri perhatian sehinggakan meraih lebih 50,000 tontonan dan lebih 26,000,000 tanda suka.

    ALSO READ:  Fahimi Tak Sabar Nak Berkumpul Dengan Adik Beradik, Daging Dendeng Ibu Paling Ditunggu Bila Hari Raya

    Dalam pada itu, pelantun lagu ‘Wanita Terakhir’ memaklumkan dia sedang dalam persiapan menjalankan satu perniagaan yang akan dilancarkan dalam masa terdekat.

    Terdahulu, Fattah dan Fazura sah bercerai talak satu sekitar pukul 9.45 pagi pada Isnin. Lafaz itu tersebut dibuat di hadapan Hakim Syarie, Abdul Malik Soleh.

    Pada 13 September lalu, Fazura mengejutkan ramai apabila memfailkan permohonan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

    Sekadar info, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan dikurniakan Nur Fatima yang kini berusia 4 tahun.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts