Selepas tujuh tahun melayari bahtera perkahwinan, pasangan selebriti Fattah Amin dan Nur Fazura akhirnya sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada Isnin.
Cerai talak satu
Lafaz cerai dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Abdul Malik Soleh kira-kira jam 9.45pagi.
Pada 13 September lalu, Nur Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 41, memfailkan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.
Menerusi sebutan kes permohonan perceraian pertama yang berlangsung pada 25 September, mahkamah meminta pasangan selebriti itu menyelesaikan konflik rumah tangga mereka di luar mahkamah sebelum tarikh sebutan semula pada 7 Oktober depan.
Imbas kembali, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia tiga tahun.
Video
@official Replying to @Tutie84 doakan yang baik-baik.. # #fyp #terkini #news #fazura #fattahamin #cerai #talak #satu
? original sound – OHBULAN! – OHBULAN!