Cef selebriti dan penyanyi, Datuk Fazley Yaakob mencuri perhatian netizen apabila berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat dengan peminatnya yang berstatus Orang Kurang Upaya (OKU).
Artikel berkaitan: Fazley Yaakob Ada Alasan Tak Hadir Konsert Imran Ajmain – ‘Baru Lepas Pembedahan Lutut, Kena Rehat’
Artikel berkaitan: Fazley Yaakob Nasihat Usahawan Muda Jangan Takut Ambil Risiko – ‘Ukur Baju Di Badan Sendiri’
Pandai berbahasa isyarat
Menerusi perkongsian di Instagram, Fazley memberitahu dia pandai berbahasa isyarat meskipun tidak terlalu cekap.
Semalam saya disapa menggunakan bahasa isyarat oleh tiga anak muda ini. Masing-masing teruja nak bercakap dengan saya, tanpa mereka tahu, saya boleh juga berbahasa isyarat walaupun tak cekap.
Lama juga kami ‘berbual’ dari ‘buat apa di sini? Kerja kat mana? Kerja sebagai apa, korang dah lama couple ke? Bila nak kahwin?’
Sampai kami semua terbahak-bahak ketawa tanpa suara.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen menyatakan rasa kagum dan melayani mereka dengan baik.
Wah kagumnya bang Long tahu bahasa isyarat.
Datuk tahu bahasa isyarat! Terima kasih sudi layan mereka.
Respect bro!
View this post on Instagram