Penyanyi dan pelakon terkenal, Nur Fazura, baru-baru ini berkongsi perjalanan kerjayanya dalam sebuah temubual eksklusif bersama SEA Today News di Indonesia. Menariknya, di sebalik kejayaannya dalam dunia seni, Fazura mengakui bahawa impian asalnya adalah untuk menjadi seorang penyanyi, sesuatu yang sudah dia impikan sejak kecil.
Menurut Fazura, dia memang sangat meminati muzik dan menyanyi sejak berusia 11 hingga 12 tahun.
“Saya sememangnya seronok menjadi seorang usahawan, saya mempunyai banyak jenama yang saya usahakan, dan saya bersyukur untuk semua itu. Tetapi, menjadi seorang penyanyi adalah impian saya sejak kecil,” katanya dalam temubual tersebut.
Fazura menjelaskan bahawa semasa zaman kanak-kanaknya, dia sering menulis lagu-lagu sendiri, dan muzik telah menjadi sebahagian daripada dirinya.
“Sejak kecil, saya memang suka menulis lagu dan menyanyi. Ia adalah sesuatu yang saya nikmati, tetapi saya tetap tanam impian suatu hari nanti saya dapat cipta sebuah lagu sendiri”
Fazura kini dikenali bukan sahaja kerana bakat lakonannya, tetapi juga kerana kejayaannya dalam dunia perniagaan dan jenama-jenama yang dia usahakan. Walaupun sibuk dengan pelbagai peranan, Fazura tidak pernah melupakan minatnya terhadap muzik dan berharap untuk terus mengejar impian tersebut pada masa depan.
Dengan pencapaian yang luar biasa dalam pelbagai bidang, tidak diragui bahawa Fazura merupakan salah satu figura yang menjadi inspirasi kepada ramai orang, terutamanya di kalangan wanita muda yang bercita-cita tinggi. Semoga impian untuk menyanyi ini akan menjadi kenyataan pada masa hadapan!
Setelah sekian lama memendam impian untuk menjadi penyanyi, Fazura akhirnya merealisasikan hasratnya dengan melancarkan single terbaharu berjudul “Bertahan Demi Cinta”. Lagu ini menandakan langkah besar Fazura dalam dunia muzik, satu cabang seni yang telah lama menjadi impiannya sejak kecil.