Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, November 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Fazura Dapat Hak Jagaan Fatima, Fattah Diberi Hak Lawatan Bermalam Dua...

    [VIDEO] Fazura Dapat Hak Jagaan Fatima, Fattah Diberi Hak Lawatan Bermalam Dua Kali Sebulan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon, Fattah Amin bersetuju memberikan hak penjagaan anaknya iaitu Nur Fatima Aisya kepada bekas isterinya, Nur Fazura Sharifuddin.

    Fattah dapat hak lawatan

    Fazura Fattah AminFazura Fattah Amin

    Ketika ditemui Ohbulan!, peguam yang mewakili Fattah iaitu Puan Syamimi Ab Rahman berkata, keputusan itu dibuat selepas kedua-dua belah pihak bersetuju dengan terma yang telah ditetapkan.

    Untuk terma tuntutan hadanah, kedua belah pihak telah bersetuju untuk memberikan hak penjagaan anak sepenuhnya kepada Fazura selaku ibu kandung.

    Syamimi berkongsi perkara tersebut ketika ditemui selepas selesai prosiding tuntutan hadanah melibatkan Fattah dan Fazura di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam pada Selasa.

    Mengulas lebih lanjut, Syamimi memaklumkan anak guamnya itu tetap mendapat hak lawatan bermalam dan lawatan harian meskipun hak penjagaan jatuh sepenuhnya kepada Fazura.

    Untuk hak lawatan ada dua terma iaitu lawatan bermalam dan lawatan harian.

    Untuk lawatan bermalam, Fattah diberikan hak sebanyak dua kali dalam sebulan bergantung kepada kelapangan Fattah iaitu jemput Fatimah pada hari Jumaat dan pulangkan semula pada hari Ahad.

    Fattah juga perlu memaklumkan dua hari sebelum minggu lawatan untuk bermalam dengan Fatimah. Manakala, untuk lawatan harian dan tanpa bermalam, Fattah dibenarkan untuk meluangkan masa bersama Fatimah sebanyak tiga kali seminggu.

    Fazura luah rasa syukur

    Sementara itu, Fazura ketika ditemui usai prosiding meluahkan rasa syukur kerana semuanya sudah selesai manakala Fattah enggan ditemu bual pengamal media.

    Alhamdulillah, saya tak ada apa-apa yang mahu diulas. Saya serahkan semua pada peguam saya.

    @official Fattah Amin bersetuju memberikan hak penjagaan anaknya iaitu Nur Fatima Aisya kepada bekas isterinya, Nur Fazura Sharifuddin. # #fyp #news #fazura #dapat #hak #jagaan #fatima #fattahamin ? original sound – OHBULAN!

    Terdahulu, Fattah dan Fazura sah bercerai talak satu sekitar pukul 9.45 pagi pada 7 Oktober lalu dan lafaz itu tersebut dibuat di hadapan Hakim Syarie, Abdul Malik Soleh.

    ALSO READ:  Zulin Aziz Tak Gemar Dianggap Badan Berisi Sebab Gemuk – ‘Kalau Cakap Saya Pregnant, Okay Lagi’

    Selepas sah bercerai, Fazura mendakwa dia nekad minta dilepaskan kerana Fattah berlaku curang terhadapnya. Malah, aktres itu mendakwa dia mempunyai bukti kecurangan dilakukan Fattah.

    Walau bagaimanapun, Fattah menafikan kesemua dakwaan berkenaan selain menganggap tuduhan dilemparkan bertujuan memalukan dirinya.

    Sekadar info, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan dikurniakan Nur Fatima yang kini berusia 4 tahun.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts