Pasangan selebriti, Nur Fazura dan Fattah Amin membuat perkongsian istimewa sempena hari lahir puteri tunggal mereka, Nur Fatima Aisya yang mencapai usia empat tahun, hari ini.
Fazura menerusi hantaran di Instagram, dilihat menitipkan doa agar sentiasa bersyukur dalam apa jua situasi selain memohon maaf kerana tidak dapat mengadakan parti ulang tahun seperti sebelumnya.
“BismillahiMasyaAllah.. Syukur Alhamdulillah.. Genap hari ini anakanda ku Nur Fatima Aisya mencapai umur ke 4 tahun. 🤲🏻✨.
Walaupun tahun ini mommy tak dapat throw you the biggest private parties like I have in the past, but rest assured that I love you more than words can ever describe.
Bersyukur sentiasa wahai anakku sayang di dalam apa saja keadaan dan selalu lah berterima kasih kepada Allah SWT dan hargai semua orang yang menyayangi mu.”-titip Fazura di Instagram
View this post on Instagram
Fattah Luah Rasa Rindu
Dalam pada itu, Fattah Amin dalam hantaran yang berbeza turut meluahkan rasa rindu dengan anak perempuannya itu serta mendoakan agar Nur Fatima Aisya membesar menjadi anak yang solehah.
“Selamat hari lahir anakku Nur Fatima Aisya Binti Abdul Fattah. Semoga membesar sihat menjadi anak yang solehah, bijak pandai, sihat walafiat dan sentiasa di bawah perlindungan Allah S.W.T. Daddy misses you 💙.”-kapsyen Fattah di Instagram
View this post on Instagram
“Kapsyen Simple Je Tapi Sebak Bila Baca…”
Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak membaca hantaran masing-masing buat anak perempuan mereka, malah ramai yang memberikan harapan agar kemelut yang melanda pasangan ini.
“Tak tahu kenapa lebih tersentuh baca posting daddy. Selamat hari lahir Nur Fatima Aisya binti Abdul Fattah. Semoga sentiasa di dalam lindungan dan rahmat Allah, membesar menjadi anak solehah.”
“Semoga semuanya baik-baik saja untuk fatima, dadddy and mommy. Semoga fatima sentiasa dalam perlindungan Allah dan membesar sebagai anak yang solehah, hebat dan bijak, Amin Amin YRA 👨👩👧💖.”
“Caption simple je tapi sebak bila baca😢💔.”
Sekadar info, Fazura dan Fattah Amin mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya.
Walaubagaimanapun, timbul spekulasi mengenai rumah tangga mereka yang dikatakan bermasalah, malah Fazura juga telah memfailkan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada 13 September lalu.