Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Fazura Kongsi Video AI Peluk Arwah Bapa, Netizen Nasihat Ambil Masa...

    [VIDEO] Fazura Kongsi Video AI Peluk Arwah Bapa, Netizen Nasihat Ambil Masa Tenangkan Diri

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Perkongsian terbaharu pelakon Fazura yang memuat naik video Artificial Intelligence (AI) seakan memeluk arwah bapanya telah mencuri perhatian ramai.

    Fazura rindu arwah bapa

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

    Dalam video yang telah disunting menggunakan teknologi AI itu memaparkan Fazura bersama allahyarham bapanya, Sharifuddin bin Adnan saling berpelukan. Gambar tersebut dipercayai diambil sewaktu mereka sedang berada di luar negara, pada suatu ketika dahulu.

    Hantaran tersebut turut disertakan dengan kapsyen emoji ‘hati yang dibaluti luka’ bersama bunga sambil berlatar belakangkan lagu ‘Di Saat Sendiri’ nyanyian kumpulan Dadali.

    Meskipun tidak menzahirkan dengan kata-kata puitis namun Fazura atau nama lengkapnya Nur Fazura binti Sharifuddin seolah memberi gambaran akan kerinduan kepada arwah bapa tercinta.

    Menerusi pemerhatian , Fazura dilhat sempat meninggalkan tanda suka pada satu komen yang menyatakan bahawa satu-satunya lelaki yang tidak pernah melukai kita adalah insan bergelar bapa.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya turut bersedih selepas melihat hantaran tersebut lebih-lebih apabila mengenangkan ujian rumah tangga yang kini sedang dilalui aktres itu.

    Dalam masa yang sama, mereka berpendapat bahawa kemungkinan perasaan rindu Fazura terhadap bapanya itu mungkin akan dilalui juga oleh Fatima kelak yang akan merindui Fattah.

    Oleh itu, mereka turut meminta agar Fazura dan suami, Fattah Amin agar membuat keputusan yang terbaik demi anak mereka, Nur Fatima Aisya.

    Macam tu juga lah rindunya Fatima pada daddy dia nanti, Allah sedihnya.

    Ketepikanlah ego kita, anak-anak saya hilang ayahnya ketika masih kecil. Jangan cerai.

    Kita hanya memandang, kita tak lalui. Bagi dia ruang, doakan yang terbak buat kedua-dua pihak.

    Awak kena kuat tau, semoga Allah jaga dan sayang awak.

    Tenagkan dirimy, ambil masa untuk menilai semua.

    ALSO READ:  Skechers Perkenal Koleksi Baharu GOWalk 7™, Sangat Bergaya & Selesa!

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts