Bagi menamatkan spekulasi berhubung kemelut rumah tangga bersama suami, pelakon dan usahawan, Fazura akhirnya tampil membuka mulut.
Tak tahu hujung pangkal
Menerusi temu bual bersama , aktres berusia 40 tahun ini berkata, dia tidak tahu hujung pangkal berhubung kontroversi yang menjadi sorotan media sejak kebelakangan ini.
Sebenarnya saya tak tahu hujung pangkal daripada mana cerita ini bermula. Kawan-kawan mesej saya tanya hubungan dengan Fattah okey tak.
Saya faham peminat nak ambil berat sebab dah lama tak nampak kami bersama. Saya dan Fattah okey.
Secara jujur saya memang terhadkan posting di media sosial. Saya terkesan melihat mereka di Palestine. Jadi saya rasa tak okey tunjuk kemesraan bersama keluarga di media sosial. Saya tak nak tunjuk kebahagiaan bersama anak dan suami.
Tambah Fazura, dia mempunyai satu akaun media sosial yang khas dan ‘private’. Di situlah tempat dia berkongsi kehidupan peribadi.
Saya ada satu lagi akaun private. Di situ sesiapa yang ada boleh lihat foto kami bersama. Boleh juga nampak perkembangan kami. Kalau ada spekulasi macam itu yang timbul memang tak betul.
Pelakon ‘Hero Seorang Cinderella’ ini turut mengakui bahawa dia jarang berjumpa Fattah dek kerana jadual kerja yang terlalu sibuk.
Kami sangat sibuk dan jarang jumpa. Fattah keluar pagi balik malam. Tak ada masa nak tunjuk kemesraan.
Sebelum ini, viral dakwaan rumah tangga Fazura dan Fattah Amin bergolak berikutan jarang memuat naik foto bersama di media sosial sejak beberapa bulan yang lalu.