Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, December 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Fila Amir Kongsi Reaksi Kali Pertama Suami Tengok ‘Garis Dua’ Ujian...

    [VIDEO] Fila Amir Kongsi Reaksi Kali Pertama Suami Tengok ‘Garis Dua’ Ujian Kehamilan – ‘Dia Tak Percaya, Bawa Kit Tu Tanya Ahli Farmasi’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Baru-baru ini, pempengaruh dan usahawan Fila Amir dan suami, Muhammad Adama Camara mengumumkan berita gembira mereka akhirnya bakal menimang cahaya mata selepas beberapa kali melakukan rawatan kesuburan pensenyawaan in-vitro (IVF) dalam tempoh lima tahun.

    Reaksi Adama bila tahu isteri hamil

    Selepas daripada pengumuman tersebut, Fila mengimbau kembali momen dan reaksi suaminya ketika pertama kali dia memberitahu tentang kehamilannya itu.

    Menurut Fila, pada awalnya mereka sudah melihat degupan jantung bayi tetapi suaminya itu seakan sukar untuk mempercayainya kerana tidak mahu terlalu menaruh harapan. Disebabkan itu, Adama telah pergi ke sebuah farmasi untuk membeli kit ujian kehamilan buat isterinya itu.

    Masa ni dah tengok degupan jantung baby, tapi masa tengok tu reaksi dia sangatlah normal macam tak ada reaction. Bila balik, dia nak pergi juga beli kit ujian kehamilan, jadi Fila pun okay.

    Balik-balik dah guna, naik lah dua garis tu tapi tak ada kertas arahan apa pun. Jadi kami tak faham apa maksud dua garis tu. Fila pun google, oh positif. Tapi tak terkejut lah sebab dah check degupan jantung dah pun tapi dia nak pastikan juga.

    Suami tak percaya, bawa kit pergi farmasi

    @adama_mcmasa ni dh tgk heartbeat baby dh, tp masa tgk heartbeat tu reaksi dia sgt lah very the normal ya haha mcm takda reaction, bila balik dia g nak jugak2 g beli pregnancy test, so Fila pun okay2 p lah beli nak beli sgt, balik2 dh guna naik la 2 line tu, tp takda kertas takda instruction apa pun, so takfaham maksud 2line tu. Fila pun google, ohh positive. tp takterkejut la sbb dh check heartbeat dh pun ? tp dia nak make sure jugak, sanggup p ke farmasi tu balik hahahahan, so dia pun p. tu pun dia takpuas hati dgn pregnancy test tu, dia beli lg satu yg putih biru org selalu guna tu. pharmacist tu pun cakap kt dia ni dh positive dh ni dh confirm, takk dia cakap dia nak beli jugak lg satu ? Fila tanya dia, pharmacist tu tak ketawakan dia ka hahahah. esok pgnya lps solat subuh, dia dok qenyeh tepi pintu nak suruh guna pregnancy test tu lg sekali. haish laaa dia seronok tu la. org Kedah kata dia ciwi tu laaaa. jgn lupa ckp MashaAllah. doa yg baik2? original sound – FILA & ADAMA

    Walaupun hasil carian di Internet sudah mengesahkan bahawa Fila kini berbadan dua, tetapi Adama masih meragui keputusan tersebut.

    ALSO READ:  Mira Filzah Terbuka Kongsi Tentang Anak Di Media Sosial – ‘Tak Semua Benda Saya Tunjuk’

    Untuk memastikan keputusan itu betul, Adama bertindak pergi semula ke farmasi untuk membeli kit ujian kehamilan yang lain.

    Dia anggup pergi farmasi tu balik, tu pun dia tak puas hati dengan ujian kehamilan tu. Dia beli lagi satu yang putih biru orang selalu guna tu. Ahli farmasi tu pun cakap dekat dia ni dah positif, dah confirm tu.

    Tapi dia nak beli juga lagi satu. Esoknya pagi lepas subuh, dia suruh guna yang ujian kehamilan baru beli tu.

    Sehinggalah pada keesokan harinya, Adama sekali lagi meminta Fila menggunakan kit ujian kehamilan yang baru dibelinya dan keputusannya menunjukkan garis dua, iaitu mereka sah bakal bergelar ibu bapa tidak lama lagi.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terharu dan sebak melihat pasangan ini yang akhirnya bakal dikurniakan rezeki menimang zuriat setelah sekian lama menanti.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts