Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Filem ‘Kita Kan Sama’ Papar Kisah Sebenar, Kanak-Kanak Berketurunan India Membesar...

    [VIDEO] Filem ‘Kita Kan Sama’ Papar Kisah Sebenar, Kanak-Kanak Berketurunan India Membesar & Jalani Hidup Sebagai Anak Melayu

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Bersempena menyambut Kemerdekaan Malaysia yang ke-67, Saudagaar Asia dengan bangganya mempersembahkan tayangan perdana filem pendek berjudul ‘Kita Kan Sama’ yang diinspirasi dari kisah sebenar.

    ‘Kita Kan Sama’

    ‘Kita Kan Sama’ merupakan sebuah karya yang menyentuh hati dan mencerminkan semangat perpaduan dalam masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.

    Filem ini adalah sebuah adaptasi berdasarkan kisah benar yang mengisahkan tentang perjalanan seorang anak muda, Said Saiful Fazli Said Aluwi iaitu Pengasas Choco Albab yang menemui jati diri dan nilai persahabatan tanpa batas perbezaan kaum serta budaya.

    Filem ini menyoroti pengalaman peribadi beliau yang dibesarkan dalam suasana kampung yang harmoni. Sama seperti majoriti kanak-kanak lain di kampungnya, Joe (nama layar) membesar dengan gaya hidup sebagai anak Melayu dan mengamalkan cara hidup sebagai masyarakat Melayu.

    Namun, ketika Joe mengetahui asal-usulnya yang sebenar, beliau berhadapan dengan cabaran untuk menerima identiti baharu. Realiti bahawa beliau berketurunan India telah memberi satu kejutan pada diri.

    Perkara tersebut turut mempengaruhi hubungannya dengan rakan-rakan dari pelbagai kaum. Walau bagaimanapun ‘Kita Kan Sama’ membawa mesej yang kuat tentang pentingnya perpaduan dan kesamaan, serta bagaimana perbezaan budaya dan kaum sepatutnya menjadi kekuatan, bukannya halangan.

    Pengarah filem ini, Shafieq Hashim, menekankan bahawa naskhah ini adalah usaha untuk memperlihatkan realiti kehidupan masyarakat Malaysia yang penuh warna-warni.

    Melalui ‘Kita Kan Sama’, filem pendek ini diharap dapat menyampaikan bahawa persahabatan dan kasih sayang adalah unsur yang paling penting dalam membina semangat perpaduan dalam membentuk negara yang bersatu padu.

    Nilai penyatuan

    Filem pendek ini juga bertujuan untuk mengajak semua rakyat Malaysia merenung kembali nilai-nilai yang telah menyatukan kita semua selama ini.

    ALSO READ:  Watie Dilihat Seperti Sorok ‘Baby Bump’ Dengan Bunga, Peminat Sangka Shuib Bakal Timang Anak Ke-5

    Tayangan perdana yang berlangsung di Choco Albab HQ disambut meriah dengan barisan jemputan pengedar syarikat dan pihak media.

    Filem ini dijangka akan menjadi perbualan hangat di kalangan masyarakat, dengan harapan boleh memberi impak positif terhadap hubungan antara kaum di Malaysia.

    Choco Albab selaku penerbit utama, percaya bahawa filem ini bukan sekadar hiburan, tetapi satu usaha untuk mengukuhkan lagi perpaduan dan persefahaman dalam kalangan rakyat Malaysia.

    Pihak syarikat berharap ‘Kita Kan Sama’ akan menyentuh hati setiap penonton dan mengingatkan kita semua tentang pentingnya menghargai perbezaan dan membina hubungan yang kukuh antara satu sama lain.

    Video

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts