Filem pendek raya berjudul ‘Mak’ dari Elrah Exclusive berjaya memperoleh tontonan sehingga 174,000 di YouTube dan menerima lebih 15,000 kongsian di laman TikTok.
Filem ‘Mak’
Elrah Exclusive yang juga salah satu jenama terkemuka dalam industri pakaian Malaysia turut menyambut ulang tahun ke 10 dalam industri fesyen dengan acara tayangan filem pendek eksklusifnya itu.
Filem ‘Mak’ mengisahkan seorang ibu yang tidak mahu menunjukkan kasih sayang kepada anaknya bernama Helmi sehingga membuatkan si anak memendam rasa dan tersisih dengan adik-beradiknya yang lain.
Sikap Helmi yang rasa tersisih menjadikannya seorang pendendam dan membenci ibunya sendiri.
Filem tersebut merupakan idea asal pengasas Elrah Exclusive iaitu El Azman. Naskhah ‘Mak’ turut dibintangi oleh barisan duta jenama tersebut iaitu Khairy Jamaluddin (KJ), Shahril Hamdan, Beto Kusyairy, Sharnaaz Ahmad, Amir Ahnaf, MK K-Clique, Meerqeen dan Fadhli Masoot.
Naratif filem yang sangat menyentuh hati ini menyaksikan kisah kerinduan seorang anak dan harapan ibu yang tidak berbelah bahagi.
Melalui penceritaan yang menyentuh hati ini, El Azman mengharapkan para penonton dapat merasai kerumitan emosi dalam ikatan kekeluargaan dan kasih sayang seorang ibu yang kekal abadi.
Naskhah ‘Mak’ ini juga mendapat pujian orang ramai dan menjadi filem pendek raya paling sedih pada tahun ini.
Selain itu, filem ini juga sebaris dengan filem pendek raya dari PKNS dan TNB yang turut menggunguli carta tahun 2024.
Video
View this post on Instagram