Penyanyi dan pelakon, berkongsi detik cemas apabila dirinya tersilap ‘landing’ ketika membuat membuat latihan untuk persembahannya dalam pertandingan The Hardest Singing Show, baru-baru ini.
Menurut Ayda, dia akui rasa berdenyut pada luka pembedahannya selepas bersalin secara caesaerean section (Czer) ketika melahirkan cahaya mata kedua pada Disember lalu.
“First try landing depan. Berdenyut tempat Czer 😳. Satu malam tak buat dah. Esok try lagi, fly and twist land belakang.
Sorry team kalau ada tersiku, tersepak, terjatuh dan selalu percayakan saya walaupun kadang saya selalu cakap tak boleh buat. Love you guys so much. Tanpa korang, siapalah saya.”-kongsi Ayda di Instagram
View this post on Instagram
“Awak Memang Gila…”
Perkongsian Ayda itu dibanjiri dengan komen rakan selebriti serta netizen yang meluahkan rasa bimbang dengan keadaannya, malah ramai yang menitipkan doa agar ibu kepada dua cahaya mata ini berada dalam keadaan baik-baik sahaja.
“Ya Allah Alang baru bersalin tu jaga peranakan sayang, risau along tengok. Semoga Allah permudahkan segalanya untuk Alang 😢❤️.”- Zarina Zainuddin
“Awak memang gila.”-Sissy Imann
“Oii aku yang ngilu! Respect.”-Dayana Roza
“Ngilu 🫠🫠.”-Uyaina Arshad
“Allahu risaunya. Hanya geng-geng Czer je tahu peritnya macam mana. Luar memang nampak sihat. Luka 7 lapis dalam tu belum sihat lagi. Malah masih dalam oroses bercantum. Moga dijauhkan dari segala perkara-perkara yang memudaratkan.”
“Pergh awak memang berani dik. Jaga diri dik. Tambah-tambah bahagian Czer. Risau terkoyak bahagian dalam.”
“Ya Allah dia ni. Seram betul tengok dia 😂. Semoga dipermudahkan semua stunt.”
“Mak saya cakap dah berumur nanti baru terasa kesannya sebab tak jaga.”
View this post on Instagram
Walaubagaimanapun, persembahannya pada minggu ke-8 The Hardest Singing Show yang bertemakan air, api dan angin itu telah berjaya memukau penonton dan sekaligus mendapat Anugerah Pilihan The Hardest Singing Show Alha Alfa serta membawa pulang RM3,000.