Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment “Fitnah Dah Makin Berleluasa…”-Khairul Aming Kesal Wajah & Suara Dimanipulasi Guna...

    [VIDEO] “Fitnah Dah Makin Berleluasa…”-Khairul Aming Kesal Wajah & Suara Dimanipulasi Guna AI

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pempengaruh media sosial dan usahawan, Khairul Aming meluahkan rasa kesal apabila menjadi mangsa ‘scammer’ yang turut menyalahgunakan wajah dan suara untuk menipu orang ramai.

    Khairul Aming, menerusi hantaran di Instagram, dilihat memuatnaik satu video yang memaparkan pihak yang tidak bertanggungjawab telah memanipulasi wajah dan suaranya untuk mempromosikan iklan jualan produk selain Sambal Nyet dan Dendeng Nyet miliknya itu.

    “Fitnah dah makin berleluasa. Please tolong report scammer yang salah guna muka dan suara orang untuk menipu orang ramai.

    KA tak jual barang-barang selain dari Sambal Nyet dan Dendeng Nyet sahaja.”-tulis Khairul Aming

    Tambahnya lagi, dia turut memohon kepada orang ramai agar tidak terpedaya dengan iklan palsu jualan produk yang telah diolah menggunakan teknologi AI.

    “Jual dendeng dengan sambal pun dah penat guys, Tolong jangan percaya KA jual gajet-gajet ke apa ke.”-tulis Khairul Aming lagi

    View this post on Instagram

    A post shared by Khairul Amin Kamarulzaman (@khairulaming)

    “Mak Aku Siap Forward Suruh Beli Lagi Katanya Sebab KA Promote…”

    Hantaran Khairul Aming dibanjiri dengan komen netizen serta rakan selebriti, malah ada menyatakan bahawa mereka hampir terpedaya dengan iklan jualan produk palsu berkenaan.

    “My goodness..😢I know the feeling. Pernah ada yang guna muka i untuk jual rumah even my poorcat was in their poster!! 😮😮😮.”-Che Puan Sarimah Ibrahim

    “Astaghfirullahala’dhim…..”-Lisa Surihani

    “Dekat facebook bersepah ya orang guna muka KA ni. Mak aku siap forward suruh beli lagi katanya sebab KA promote 😭.”

    “Macam ni lah agaknya fitnah akhir zaman. Menggunakan AI.”

    “Boleh tahu suara AI, lain intonasi. Keras macam robot.”

    Apa komen anda?



    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts