Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Fizo Omar Perjelas Sebab Tak Muncul Jadi Hos Rancangan, Kongsi Detik...

    [VIDEO] Fizo Omar Perjelas Sebab Tak Muncul Jadi Hos Rancangan, Kongsi Detik Cemas Alami Serangan…

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pelakon, Fizo Omar berkongsi detik cemas dirinya yang terpaksa dikejarkan ke sebuah hospital selepas mengalamai Vertigo

    “Seharusnya Saya Bersiaran Dekat Rancangan…”

    Menurut Fizo menerusi video yang dimuatnaik di Instagram, menceritakan bahawa dia secara tiba-tiba pengsan pada hari dia seharusnya bersiaran pada sebuah rancangan bual bicara di sebuah stesen televisyen. Malah, Fizo terpaksa dirawat selama tiga hari di hospital disebabkan serangan Vertigo.

    “Tiba-tiba pengsan, 3 hari admit hospital. Itulah yang berlaku pada saya, sepatutnya 18 Januari, saya bersiaran dekat rancangan Nasi Lemak Kopi O dekat studio. Tapi saya tak muncul. Rupanya dekat hospital. “-kongsi Fizo

    Dibenarkan Discaj

    Akhirnya dibenarkan pulang ke rumah selepas dirawat di hospital, Fizo menyatakan bahawa dia mula mengalami pening sebelum tidak menyedarkan diri ketika mahu menunaikan solat Subuh.

    “Baru keluar hospital semalam. Hari tu saya bangun pagi. Masa nak ambil wudhuk tu dah rasa macam pening. Masa tengah solat, berdiri tu tiba-tiba rasa rumah ni berpusing dan tersembam muka atas sejadah.

    Terus tak sedar apa. Dengar Faz menjerit, menangis dia, suami pengsan depan mata. Panggil ambulans. Selepas buat MRI Scan, rupanya doktor kata saya kena serangan Vertigo.”-kongsi Fizo lagi

    Dalam pada itu, Fizo turut menitipkan pesanan kepada orang ramai untuk tidak mengambil mudah akan serangan Vertigo yang tidak memberikan sebarang ‘hint’ atau simptom.

    Sekadar info, Vertigo adalah istilah yang mana seseorang itu mengalami pening yang seolah-olah persekitarannya sedang berpusing-pusing.

    Tanda-tanda seseorang mengalami Vertigo, terasa badan tidak seimbang, persekitaran berpusing, telinga berdesing, pergerakan mata tidak normal, terasa mual malahan ada yang muntah dan berpeluh. Sesetengahnya hilang pendengaran.


    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts