Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment ‘Gadis Kelate’ Mangsa Banjir Curi Perhatian,-“Sedih Boleh Tapi Jangan Lebih-Lebih”

    [VIDEO] ‘Gadis Kelate’ Mangsa Banjir Curi Perhatian,-“Sedih Boleh Tapi Jangan Lebih-Lebih”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Banjir merupakan satu bencana alam yang kerap melanda sesuatu kawasan dan meninggalkan kesan yang agak besar. Walaupun begitu, di tengah-tengah kemusnahan dan kesusahan akibat banjir, ramai orang menunjukkan semangat yang kuat dan daya tahan yang luar biasa.

    “Sedih Boleh Tapi Jangan Lebih-Lebih”- Mangsa

    Walaupun kehilangan harta benda dan tempat tinggal, ramai mangsa banjir menunjukkan semangat pantang menyerah untuk bangkit semula. Mereka bekerja keras untuk memulihkan kehidupan mereka, daripada membersihkan rumah yang ditenggelami air kepada mencari sumber untuk membina semula rumah mereka.

    Semangat ini mencerminkan ketahanan yang luar biasa dalam menghadapi ujian. Begitulah yang terjadi kepada salah seorang mangsa banjir di Kelantan yang rumannya ditenggelami air namun nampak tenang merakam video.

    Gadis ini yang dikenali dengan akaun bernama @wannashop_5 di TikTok ini berkongsi sebuah video keadaan persekitaran di rumahnya. Dia menasihati kepada semua mangsa banjir supaya menerima dan redha ketika diuji dengan musibah.

    ” Kepada yang menjadi mangsa banjir seperti saya, terima dan redha. Sedih boleh tapi jangan lebih-lebih.”- katanya dalam video yang meraih lebih dari 2 juta tontonan di laman TikTok.

    @mujahidah_adawiyaa2016

    #banjir #fypシ゚viral

    ♬ เสียงต้นฉบับ – WANNASHOP_5 – WANNASHOP_5

    Di ruangan komen ramai yang memuji ketabahan wanita ini yang terlihat tenang dan bersahaja merakam video walaupun ditelenggami air.

    VIA TikTok

    Menurut AWANI, mangsa banjir di Kelantan terus meningkat kepada 21,586 orang pagi ini, berbanding 19,062 orang petang semalam. Semua mereka membabitkan 6,980 keluarga itu ditempatkan di 68 pusat pemindahan sementara (PPS). Sehingga jam 8 pagi tadi, lima daerah masih dilanda banjir iaitu Pasi Mas, Tanah Merah, Tumpat, Kuala Krai dan Gua Musang.

    ALSO READ:  Imigresen tahan 238 warga asing di Kota Bharu

    Berdasarkan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pasir Mas merekodkan jumlah paling ramai iaitu 18,289 orang.

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts