Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Gadis Kongsi Pengalaman Lucu Terkunci 20 Minit Dalam Bilik Ketika Majlis...

    [VIDEO] Gadis Kongsi Pengalaman Lucu Terkunci 20 Minit Dalam Bilik Ketika Majlis Tunang – ‘Dari Gementar Jadi Panik’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Dah menjadi kebiasaan untuk seseorang wanita itu merasai debaran dikala dirinya sedang menanti ketibaan rombongan pihak lelaki di majlis pertunangan mereka.

    20 minit terkunci dalam bilik

    @ngionggggg time nak keluar sarung cincin lah pintu buat hal tak boleh bukak? macam mana kita ni tak shikhakshok ? thankyou family& sedara mara yg byk tlg ???#engagement ? Shik Shak Shok – Hassan Abu El So’oud

    Itulah pengalaman dirasai oleh seorang gadis apabila perasaan gementarnya berubah menjadi cemas selepas terkunci di dalam bilik di hari pertunangannya.

    Menerusi video yang dimuat naik pengguna bernama @ngionggggg di TikTok, dapat dilihat beberapa orang sedang berusaha sedaya upaya untuk membuka pintu biliknya dengan menggunakan beberapa peralatan seperti pemutar skru dan ‘wrecking bar’.

    Difahamkan, ketika kejadian kediamannya sudah pun dipenuhi dengan rombongan pihak lelaki yang hadir untuk menyarung cincin ke jari manisnya.

    Sementara itu, gadis yang bernama Noor Asikin Mad Tarmizi itu tampil menjelaskan bahawa dia pada ketika itu tidak menyangka terkunci dari dalam bilik sehinggalah diberitahu oleh ahli keluarganya melalui hantaran mesej di aplikasi WhatsApp.

    Waktu itu memang berdebar kerana tunggu nak disarung cincin tapi tak sangka pula akhirnya perasaan itu bertukar jadi panik apabila pintu tak dapat dibuka.

    Mereka yang diluar ingat saya kunci pintu sampai hantar mesej dan telefon untuk minta buka sedangkan saya pun terkunci malah tak boleh buka daripada dalam.

    Daripada berdebar, perasaan saya terus bertukar jadi panik dan puas abang saya cuba buka pintu daripada luar.

    Lega saya kerana dia berjaya walaupun hampir setengah jam juga mencuba dan ikutkan pintu bilik itu tidak pernah buat hal namun entah kenapa jadi begitu tempoh hari.

    Walau bagaimanapun, majlis pertunangan Ashikin tetap berjaya diteruskan selepas 20 minit terkurung di dalam bilik.

    ALSO READ:  Dafi Ismail Tak Puas Hati Anjing Husky Perlu Dipulangkan Kepada Pemilik – ‘Kalau Tak Boleh Sayang Tak Payah Bela’

    Hantaran tersebut kemudiannya menjadi tular dan meraih perhatian wargamaya yang rata-ratanya terhibur melihat situasi yang berlaku di majlis pertunangannya.

    Sehingga artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih lebih 1,500,000 tontonan dan lebih 70,000 tanda suka.

    Video

    @ngionggggg Replying to @nomorefatin. alhamdulillah berjaya jugak sarung cincin lepas 20 minit panik?? no more #shikshakshok ? Thank You Allah – Maher Zain

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts