Pempengaruh, Zukie Mohamad mencuri perhatian apabila berkongsi pendapatan tertinggi yang pernah diraihnya sepanjang bergelar ‘YouTuber’.
Pernah dapat RM90k sebulan
@youcastclipsSapa boleh lawan??? original sound – youcastclips
Menerusi sesi podcast bersama pempengaruh Yousaf, Zukie memaklumkan dia pernah meraih sebanyak RM90,000 sebulan menerusi satu drama bersiri komedi yang dilakukannya.
Paling tinggi aku pernah dapat sebanyak RM90,000 sebulan tapi tak pernahlah cecah sampai RM100,000.
Waktu itu aku buat drama bersiri bertajuk ‘Night KL’ sebanyak 14 episod, seminggu satu episod.
Menurut pemilik nama Zulkifli Mohamad ini, nilai pendapatan yang diraihnya itu bukanlah satu perkara mengejutkan kerana dakwanya terdapat pempengaruh lain yang pernah mencecah sehingga RM200,000 sebulan.
Setiap bulan itu aku akan dapat RM70,000, RM80,000 sampailah dia naik jadi RM90,000. Selepas itu nilai itu mula turun baliklah.
Benda itu tak mengejutkan pun sebab ada lagi (YouTuber) yang pernah dapat sampai RM200,000.
Walau bagaimanapun, pempengaruh berusia 32 tahun ini memaklumkan bahawa seseorang ‘YouTuber’ itu perlu memberikan sepenuh komitmen untuk memastikan diri mereka terus relevan dalam kalangan komuniti platform berkenaan.
Dan sebagai seorang YouTuber ini, seseorang itu perlu berikan sepenuh komitmen. Sebagai contoh, kalau nak muat naik satu hari, satu video jadi memang kena disiplin buat macam itu.
Sebab apa tau? 80 peratus daripada penonton yang menonton video Youtuber bukan daripada orang yang ‘subscribe’ channel tapi adalah daripada ‘recommendation’ YouTube itu sendiri.