Perkongsian terbaharu di Instagram milik pelakon Mawar Rashid telah menuai pelbagai reaksi wargamaya.
‘Rosalinda Malaysia’
Menerusi hantaran itu, Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 30, memuat naik video memperlihatkan dia mengenakan ‘dress’ berona merah jambu.
Lebih mencuri perhatian, ‘dress’ yang digayakan itu agak seksi kerana terdedah bahagian bahu serta dada.
Dalam video tersebut, aktres berdarah kacukan siam itu dilihat melakukan beberapa ‘posing’ terliuk lentuk.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya memuji kecantikan pelakon filem Jangan Pandang Belakang 2 itu.
Kata wargamaya, Mawar kelihatan bertambah cantik berbanding sebelum ini.
Pun begitu, di sebalik pujian melambung, terselit juga beberapa komen negatif yang ditinggalkan wargamaya.
Kata mereka, aktres untuk semakin seksi selepas dia bergelar janda. Justeru, netizen berharap Mawar menjaga penampilan agar dilihat lebih ‘eksklusif’.
Video
View this post on Instagram