Siapa yang tidak mengenali anak kepada pasangan selebriti Malaysia ini, Aaisyah Dhia Rana merupakan anak kepada Zain Saidin dan Rozita Abu bakar atau lebih dikenali sebagai Rozita Che Wan atau Che Ta.
Che Ta merupakan seorang pelakon, pengacara dan penerbit di Malaysia. Che Ta cukup terkenal dalam drama bersiri Komedi ‘Kiah Perkasam’ yang pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu.
Che Ta kini sering aktif di media sosial miliknya terutamanya mengenai perniagaan serta mengenai gelagat lucu anak daranya itu Aaisyah Dhia Rana. Aaisyah sering mendapat perhatian ramai kerana bukan sahaja dia merupakan anak kepada selebriti malah kerana rupa parasnya yang menawan serta perangainya yang masuk air.
“10 Tahun Lagi Boleh Jadi Model Jam Mahal Tu”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Che Ta yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 83 ribu, tanda suka sebanyak 2,590 dan sebanyak 38 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Aaisyah yang memberitahu Che Ta jika mahu beli brand tertentu ianya tidak terdapat di Malaysia, namun terpaksa membeli di luar negara.
“Wahh dia mengajar mak dia menghabiskan duit tau, dah la mak dia bukan ada banyak duit pun”-Kata Che Ta
@rozitachewan1 Dia tau mcm mana nk habis kan duit .. mampoih laaa mak hang aaisyah🤣🤣🤣🤣🤣🤣 mummy nk order kain batik pun terkemut ni .. dia dh tau nk order kat mana patek philippe 😳 . #aaisyahdhiarana #cheta #fyp #patekphillippe
♬ original sound – Retromusic – Retromusic
Rata-rata netizen terhibur melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa banyak jenama yang mereka tidak tahu akan tapi Aaisyah mengetahuinya.
Apa-apa pun, semoga Aaisyah membesar menjadi anak yang solehah dan taat serta berbakti kepada ibu bapanya. Semoga kita semua juga diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat.
Apa kata anda?