Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, December 27, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Gelagat Aaisyah Dhia Rana Menangis Mohon Ampun Di Pagi Raya, Raih...

    [VIDEO] Gelagat Aaisyah Dhia Rana Menangis Mohon Ampun Di Pagi Raya, Raih Perhatian Ramai!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Siapa yang tidak mengenali anak kepada pasangan selebriti Malaysia ini, Aaisyah Dhia Rana merupakan anak kepada Zain Saidin dan Rozita Abu bakar atau lebih dikenali sebagai Rozita Che Wan atau Che Ta.

    Che Ta merupakan seorang pelakon, pengacara dan penerbit di Malaysia. Che Ta cukup terkenal dalam drama bersiri Komedi ‘Kiah Perkasam’ yang pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu.

    Che Ta kini sering aktif di media sosial miliknya terutamanya mengenai perniagaan serta mengenai gelagat lucu anak daranya itu Aaisyah Dhia Rana. Aaisyah sering mendapat perhatian ramai kerana bukan sahaja dia merupakan anak kepada selebriti malah kerana rupa parasnya yang menawan serta perangainya yang masuk air.

    “Nangis Pun Masih Segak, Kami Kalau Nangis Seran Muka”-Netizen

    Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Che Ta yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan kini meraih jumlah tontonan sebanyak 2.5 juta, tanda suka sebanyak 146 ribu dan sebanyak 948 komen.

    Di dalam video berkenaan, memaparkan Aaisyah Dhia Rana yang sebak semasa memohon ampun di pagi raya bersama keluarganya.

    @rozitachewan1

    Bkn kami yg sedeh bersalam qaya pagi ni , kita tgk sapa yg sedeh 🤪 #mestibykbuatsalahni 🤗 Dia yg paling syahdu pagi ni .. dh besaq , dh tau dah apa salah apa yg betui .. alhamdulillah .. Pagi syawal yg sangat bahagia hari ni .. Hampa , selamat hari raya 🥰 . #zsrcwraya2024 #cheta #rcw #fyp #rayapertama2024

    ♬ Air Mata Syawal – Siti Nurhaliza

    Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga sempat bergurau bahawa Aaisyah menangis memohon ampun kerana telah banyak menghabiskan wang ringgit ibu bapanya. Selain itu, ada juga yang memuji Aisyah walaupun sedang menangis namun tetap kelihatan cantik

    ALSO READ:  Tunku Ismail & Fizo Omar Bersuara Insiden Faisal Halim & Akhyar Rashid!-“Apa Salah Diorang Ni Sampai…”

    Apa-apa pun, semoga Aaisyah membesar menjadi anak yang solehah dan berbakti kepada ibu bapanya. Semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan di akhirat.

    Apa kata anda?

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts