Siapa yang tidak mengenali anak kepada pasangan selebriti Malaysia ini, Aaisyah Dhia Rana merupakan anak kepada Zain Saidin dan Rozita Abu bakar atau lebih dikenali sebagai Rozita Che Wan atau Che Ta.
Che Ta merupakan seorang pelakon, pengacara dan penerbit di Malaysia. Che Ta cukup terkenal dalam drama bersiri Komedi ‘Kiah Perkasam’ yang pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu.
Che Ta kini sering aktif di media sosial miliknya terutamanya mengenai perniagaan serta mengenai gelagat lucu anak daranya itu Aaisyah Dhia Rana. Aaisyah sering mendapat perhatian ramai kerana bukan sahaja dia merupakan anak kepada selebriti malah kerana rupa parasnya yang menawan serta perangainya yang masuk air.
“Kalau Aaisyah Pakai Tidur, Memang Selesa Tak Payah Pakai Selimut”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Che Ta yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 290 ribu, tanda suka sebanyak 6,242 dan sebanyak 28 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Aaisyah yang memakai baju kaftan milik Che Ta serta memintanya untuk membuat size untuk kanak-kanak.
@rozitachewan1 Nanti lah , modai byk sikit mummy mummy buat kaftan che ta ni , bkn ja sedondon dgn mak , siap dgn pak pak lg🤪 biaq jadi arbok tequih pak pak hang 🤪 . #cheta #rcw #byrcw #rozitachwewan #aaisyahdhiarana #kaftancheta
♬ PUSH 2 START – Tyla
Rata-rata netizen terhibur melihat video berkenaan. Mereka juga mengatakan bahwa Aaisyah seorang yang sangat cantik dan pakai apa sahaja pasti akan terletak elok.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?