Nur Afifah binti Md Nasir atau lebih dikenali sebagai Afifah Nasir yang merupakan seorang pelakon dan model wanita di Malaysia. Afifah juga merupakan adik kepada Anzalna Nasir dan Mia Nasir yang juga merupakan seorang pelakon yang cantik.
Anak keempat daripada lima beradik itu mula berkecimpung dalam bidang seni secara spontan, berpunca daripada kegemarannya berkongsi video di laman sosial Instagram. Video yang dimuat naik itu telah ditonton seorang pengarah sebuah syarikat produksi, Global Station, yang kemudiannya menghubunginya dan memberikan skrip ‘Aku Bukan Bimbo’.
Secara tidak langsung telah membuka ruang untuk Afifah Nasir dalam bidang lakonan. Afifah Nasir pada mulanya teragak-agak kerana lebih berminat dengan dunia nyanyian, namun dia mengambil keputusan untuk mencuba dan diterima berlakon dalam drama berjudul Aku Bukan Bimbo selepas menjalani uji bakat.
“Kalau Dengar Dia Gelak, Aku Pun Ikut Sama”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Afifah Nasir yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 1 juta, tanda suka sebanyak 31 ribu dan sebanyak 57 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Afifah Nasir dan adik beradiknya menyakat suami mereka dengan memberikan beg tangan untuk dipegang.
@afifahnasir_93 😂🙊
♬ original sound – Afifah nasir – Afifah nasir
Rata-rata netizen terhibur melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa Afifah Nasir sememangnya seorang yang ‘Masuk Air’. Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat.
Apa kata anda?