Perkongsian pelakon, Afifah Nasir di media sosial mencetuskan rasa terhibur netizen apabila menyakat suaminya, Syed Hariz, baru-baru ini.
Afifah, menerusi hantaran di Instagram, dapat dilihat dirinya sedang melakukan ‘prank’ dengan meminta Hariz untuk beredar dari bilik tidur kerana mahu menukar pakaian.
“Asking Hariz to leave while i change 😂 Okay saya janji ni last saya buli Hariz. Lepas ni saya nak jadi isteri mithali.”-kapsyen Afifah di Instagram
View this post on Instagram
“Tengok Hariz Dah Bergenang Air Mata Dia…”
Di ruangan komen, rata-rata netizen meluah rasa terhibur melihat gelagat pasangan suami isteri ini, malah ramai yang meluahkan rasa kasihan melihat Syed Hariz yang sering disakat oleh Afifah.
“Tak tahu nak lipat apa dah. Okay la nak lipat kain sendiri sebakul tu je la.”
“Ambik la semua ni pah, Akak nak pindah.”
“Hahahah sampai ke sudah Hariz blur hahaha.”
“Tengok Hariz dah bergenang air mata dia. Kesian dia kena buli dengan wife. But still sweet at the end.”
“Hahaha hadoi kena buli lagi dengan wife dia.”
“Fifahh jangan buli your husband, dia sangat innocent dari suara dia.”
“Ketawa dia yang mahal tu, Sweet sangat.”
“Bagus Hariz tu, nampak natural dia layan isteri dia, semoga korang bahagia ke Jannah, Aamin.”
Comel betul gelagat Afifah Nasir dan suaminya, Syed Hariz. Semoga berkekalan hingga ke Jannah.
Apa komen anda?