Penyanyi tersohor negara iaitu Dato Sri’ Siti Nurhaliza tidak perlu dikenalkan lagi, kerana satu Malaysia pasti mengenalinya. Penyanyi lagu ‘Jerat Percintaan’ itu masih kekal relevan hingga kini, malah setiap lagu keluarannya mendapat sambutan yang hangat!
Sejak kebelakangan ini, Tokti kelihatan banyak menghabiskan masa membuat live di media sosial miliknya terutamanya di laman instagram dan tiktok ketika berada di dalam kereta. Tambah pula, semenjak anak-anaknya semakin besar, Tokti banyak meluangkan masa bersama mereka jika tidak mempunyai pekerjaan pada hari tersebut.
“Sama Cantik Anak-Beranak Ni Ya”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @menantunyapakmansur yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 20 ribu, tanda suka sebanyak 298 dan sebanyak 30 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Tokti yang mengajak Afiyah untuk bersama-sama bernyanyi lagunya iaitu ‘Seindah Biasa’ bagi menghiburkan peminat yang menonton live nya itu.
@menantunyapakmansur #sitinurhaliza #peminatsitinurhaliza
♬ Aku Bidadari Syurgamu_Siti Nurhaliza – JESBON_76
Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa tidak sabar untuk menunggu Afiyah membesar untuk melihatnya bernyanyi dan bermain alat muzik ketika Tokti mengadakan konsert. Tambah mereka lagi, Afiyah dan Tokti sama-sama cantik dan wajah mereka juga seiras.
Apa-apa pun, semoga Afiyah membesar menjadi anak yang solehah serta taat kepada ibu bapanya dan semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah dan keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat.
Apa kata anda?