Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, November 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Gelagat Afiyah Main Piano Sambil Siti Nurhaliza Berlatih Menyanyi, Raih Perhatian...

    [VIDEO] Gelagat Afiyah Main Piano Sambil Siti Nurhaliza Berlatih Menyanyi, Raih Perhatian Ramai!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Penyanyi tersohor negara iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza tidak perlu dikenalkan lagi, kerana satu Malaysia pasti mengenalinya. Penyanyi lagu ‘Jerat Percintaan’ itu masih kekal relevan hingga kini, malah setiap lagu keluarannya mendapat sambutan yang hangat!

    Sejak kebelakangan ini, Tokti kelihatan banyak menghabiskan masa membuat live di media sosial miliknya terutamanya di laman instagram dan tiktok ketika berada di dalam kereta. Tambah pula, semenjak anak-anaknya semakin besar, Tokti banyak meluangkan masa bersama mereka jika tidak mempunyai pekerjaan pada hari tersebut.

    “Please La Bagi Afiyah Main Sekejap Masa Konsert Nanti”-Netizen

    Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Tokti yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 68 ribu, tanda suka sebanyak 4,053 dan sebanyak 114 komen.

    Di dalam video berkenaan, memaparkan Afiyah yang sedang bermain piano sambil kedengaran suara Tokti yang sedang berlatih untuk konsertnya yang akan datang.

    @toktitiktok

    5 hari lagi. Jangan lupa temu janji kita ya. Ibu berlatih menyanyi, Aafiyah pun temankan ibu. Afwa jadi penyanyi latar kt belakang tu. Tiket menonton konsert pada 11 Ogos 2024 (hari kedua) masih ada sedikit lagi, sesiapa yang nak dapatkan tiket boleh ke myticket.asia dan rwgenting.com. Dapatkan segera! #konsertcintadiawansitinurhaliza

    ♬ original sound – Siti Nurhaliza – Siti Nurhaliza

    Rata-rata netizen teruja melihat video berkenaan. Mereka juga mengatakan bahawa sekiranya diberi peluang untuk melihat Afiyah beraksi dipentas sama dengan Tokti, pasti ia akan menjadi kenangan yang terindah. Semoga suatu hari nanti Afiyah dapat beraksi bersama ibunya itu.

    Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts